Huyoo! Banyak wehhhh. Tapi kenapa dibayar sampai macam tu sekali eh? Haa senang je gais, untuk marketing lah apa lagi. Tapi bukan untuk buat iklan ke apa tapi dengan live streaming game battle royale terbaru yang popular iaitu Apex Legends.

Baru-baru ni didedahkan something lah pasal Ninja, streamer yang terkenal dengan stream Fortnite dia, dengan Electronic Arts (EA). Dikatakan EA membayar Ninja sebanyak 1 juta dollar untuk Ninja membuat live stream game terbaru Respawn iaitu Apex Legends masa keluarnya game tu.

Banyak jugak kan dia dibayar? Kenapa diorang pilih Ninja untuk membuat live stream sedangkan ada je streamer lain? Haa sebab dia kan daripada game Fortnite, game yang popular jugak sebelum keluarnya Apex Legends. Ramai orang yang minat kat dia lagi-lagi budak-budak (Fortnite) akan tengok dia live stream Apex Legends pulak dan akan buka pintu hati diorang untuk cuba pulak Apex Legends.

Kira berbaloi lah rasanya EA bayar 1 juta kepada Ninja untuk stream dan bukan sebab Ninja je, ramai streamer lain lagi dah stream dan game tu sendiri memang best sebenarnya. Sebab tu lah game ni boleh dapat 25 juta player dalam masa seminggu daripada Fortnite tunggu 3 bulan baru dapat 30 juta player. Ninja dikatakan dah kembali kepada live stream Fortnite tapi serious dowh mahal gak dia dibayar eh hahaha. E-jam pun nak sejuta untuk main je hurmsss. Ciao gais wuwuu~

P/s: Chop! Korang nak gi mana? Takyah lah susah-susah, RacunTech kan ada. Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: