Yow! Sebelum ni bro pernah bagitau kan tentang release “1 Shot Demo” Resident Evil 2 haritu. Sekarang, di website official Resident Evil iaitu Resident Evil.net menyatakan yang “1 Shot Demo” ni dah mencecah lebih daripada 1 juta pemain tau!

Untuk yang tak tau lagi, Resident Evil 2 (2019) yang terbaru ni adalah remake daripada Resident Evil 2 yang release pada 1998. Resident Evil (1998) telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan gamers sampai Capcom bersetuju untuk buat remake untuk game ni.

Dalam website official RE NET tu menyatakan dah lebih daripada 400k player yang main game ni dengan enable account RE NET diorang tapi anggaran yang tepat adalah lebih daripada 1 juta player sejak releasenya “1 Shot Demo” pada 11 Januari.

“1 Shot Demo” ni adalah demo untuk Resident Evil 2 dan selepas install, korang akan bermain game ni dalam masa 30 minit dan kena cuba untuk main sejauh yang mungkin dalam 30 minit tu. Selepas dah habis 30 minit, akan ada trailer untuk full release punya nanti haa so go and play it guys rugi kalau tak main tau. Demo ni available daripada sekarang sehingga 31 Januari  so enjoy while it last bossku sekalian!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: