10 PC Yang Serious Pelik Gila!

Hari ini, abam tak nak cerita benda-benda yang serious, tapi, abam nak tunjuk korang 10 PC yang serious pelik gila bagi abam. Aku sendiri tak terfikir macam mana diaorang boleh keluar idea untuk buat pc macam ni. Fuhh~ Ada ke sesiapa kat Malaysia ni buat PC yang macam ni? Kalau ada, otak korang memang sama tahap IQ dengan Albert Einstein ah. So, korang nak tahu tak rupa PC tu macam mana? Jom, follow aku untuk entri kali ni.

1. PC Barbie (2000)

Tak cukup dengan katil Barbie, kasut, lunchbox dan pelbagai lagi, Mattel dengan gayanya cuba untuk keluarkan PC bertemakan Barbie. Pada tahun 2000, ia dijalankan sebagai PC dan menggunakan Windows 98. Patriot, merupakan syarikat yang bertanggungjawab untuk PC Barbie ni, juga mengeluarkan PC Hot Wheels untuk budak lelaki. Macam mainan dia jugak, PC dia pun, senang rosak jugak.

2. Samsung SPH-9000 (2006)

Pada tahun 2006, Samsung mengumumkan satu alat yang  menggunakan Windows XP yang menggayakan  1GHz Transmeta CPU, skrin LCD 5-inch, camera dan juga support Wi-Max. Ia juga boleh dilipat sampai orang gimnastik kerja dekat circus pon, jeles weh! Semasa demonstrasi, katanya, tukang cakap duk main lipat-lipat, sampai hilang SPH-9000 ni, ke dimensi lain.Dahsyat tak dahsyat la kan.

3. Jack PC (2010)

Mesti korang terfikir untuk ada satu PC yang kecik macam outlet box kan? Ha, pada tahun 2010, Jack PC dikeluarkan dan memang dia cukup kecik untuk outlet box korang dekat rumah tau. Pasang, lepastu lupa korang dah ada PC yang paling kecik, then, korang pon beli 1 PC yang baru dari RacunTech.

4. Maxdata Belinea s.book 1 Mini-Note (2008)

Sekali pandang, macam microwave, tapi, sebenarnya, bukan. Haaaaa, ini merupakan idea seorang makhluk ni untuk menggabungkan netbook dengan handset skype. Dan, hasil dia Maxdata Belinea s.book 1 Mini-Note. Tak mini mana pun sebenarnya, besar jugak lah cerita dia. Disebabkan kepelikan dia, orang ramai tidak menyukainya dan Maxdata Belinea s.book ni merajuk, dan sampai sekarang tidak munculkan lag diri dia.

5. Sony VAIO VGX-TP25E (2008)

Serious mula-mula aku tengok macam ice hockey puck. Sebenarnya, ini merupakan PC yang boleh berfungsi sebagai DVR. PC dari Sony ni juga berjaya membuktikan dirinya bahawa senang nak di golek jatuh ke bawah gaung. Pengkritik sangat tidak menyukainya. Serious, pelik gila!

6. DreamCom Series 10 (2008)

Kesemua PC diatas, dapat dilakukan dengan DreamCom ni, hebatkan. Dijual dengan harga USD 2, 000, tapi, tak tahu tentang apa-apa berita production untuk DreamCom ni. Kalau ada pon, aku rasa sekarang ni harga da boleh cecah USD 5, 000.

7. Space Cube (2006)

Shimafuji develop Space Cube PC yang kecik comel molek ni atas satu tujuan: space travel. Erk, biar betul. Size dia 52 mm x 52 mm x 55 mm je. Memang serious kecik gila. Dibina dengan 300MHz MIPS-based processor dan 16 megs RAM.

8. Lenovo ThinkPad W700DS (2008)

Wow, laptop dengan dual-screen. Ia merupakan model yang dibina oleh Lenovo, tapi, lepas tu pulak, dengar-dengar yang Razer pulak ada tease nak buat perkara yang sama masa CES 2017 haritu.

9. Commodore 64x (2011)

Ini bukan vintage Commodore 64 yang dilancarkan pada tahun 1982, yang kemungkinan, zaman ayah kita atuk kita dulu. Pada tahun 2010, Commodore USA hidupkan kembali brand Commodore yang dah lama mati. Menggunakan intel Atom sebagai processor. Dan ianya dilancarkan pada tahun 2011.

10. Haier Heart v5 (2007)

Serious, design untuk yang ni, aku tak berapa faham. Chinese PC Manufacturer melancarkan satu notebook yang pelik. Dan display dia, adjustable. Hurmmm. sangat pelik dan mungkin fungsi dia untuk mereka yang tak boleh duduk lama. Dan bagi aku, ini antara yang paling pelik dalam list aku kali ni.

So, apa pandangan korang, yang mana pelik? dan yang mana korang nak miliki? kalau aku, aku nak yang space cube tu~





Komen Terkini

  • author image
    joker 123 says:
    I do consider all of the ideas you have introduced on your post. They are very convincing and can d...
  • author image
    cat hat says:
    Hey there! Would you mind if I share your blog with my facebook group? There's a lot of people that...
  • author image
    Ara says:
    Hi there! Such a great short article, thanks!...
  • author image
    Kendrick says:
    Can you inform me what system are you utilizing on this internet site?...
  • author image
    chris handrian says:
    ini keluar alpikasi nya kapan apakah masih 2 tahun lagi...
%d bloggers like this: