Kisah Perjalanan Adik Beradik Yang Suka Dan Duka, Dan Penyakit Yang Membawa Maut

Adakah korang tau dengan game A Plague Tale: Innocence ni? So gais, kali ni E-jam nak share dengan korang tentang satu game yang bagi E-jam sangat-sangat best. So seperti yang dicakapkan, nama game ni adalah A Plague Tale: Innocence, dan mengisahkan pasal dua orang adik beradik yang terpaksa lari dari pihak berkuasa (Inquisitor). Ceritanya start pada era medieval France dan berkisahkan Amicia De Rune dan keluarganya.

Kisah A Plague Tale: Innocence

racun-tech-a-plague-tale-innocence-amicia-hugo

Amicia dan keluarganya tinggal di dalam estate dan kebiasaannya adalah hari yang amat indah. Walaupun Amicia selalu keluar memburu dengan ayahnya, tapi dia jarang berjumpa dengan maknya yang sibuk cari penawar untuk penyakit adiknya Hugo. Tak lama kemudian estate tu pun diserang oleh Inquisition yang sedang cari Hugo. Amicia pun lari dengan Hugo ke pekan berhampiran dan diorang pulak kena serang dengan penduduk tu. Tambah lagi pekan dan kampung sekarang dipenuhi dengan tikus yang ganas dan liar, tak sabar untuk memakan manusia.

Penduduk tu semua takut dengan Hugo dan terus nak bunuh dia. Korang akan bermain sebagai Amicia dan tugas korang adalah jaga Hugo sepanjang game tu dan mencari kenapa diorang nak bunuh Hugo. Tapi game ni bukan seperti The Last Of Us atau Resident Evil 4 ke apa. Game ni ada uniknya tersendiri. Walaupun game lain korang senang nak lawan berbekalkan senjata yang ada, dalam game ni tiada pedang atau pistol untuk korang. Korang hanya boleh menggunakan lontaran batu untuk bunuh.

Tapi bila korang membunuh orang yang pertama di dalam game nanti, ianya jadi satu pengalaman yang ngeri untuk Amicia sehingga dia terpaksa berdoa di gereja berhampiran selepas tu. Sebab apa dia sangat traumatik adalah sebab dia berasal daripada keluarga yang senang dan melihat kematian macam tu semestinya lah ngeri kan? Melihat persekitaran pekan dan kampung yang dipenuhi dengan mayat semua lagi mesti ngeri yang amat huhu.

racun-tech-a-plague-tale-inquisitor

Gameplay Mechanic

racun-tech-a-plague-tale-innocence-gameplay

Gameplay mechanic untuk game ni senang je. Korang boleh sembunyi, lari dan gunakan persekitaran korang. Tak lupa jugak baling batu. Sebagai Amicia yang tak mampu angkat pedang, hanya boleh lawan pakai batu, itu pun kadang-kadang tak cukup untuk tubuhkan askar Inquisition. Korang kena pandai pakai persekitaran korang seperti memadam api pada waktu malam. Untuk pengetahuan korang, pada waktu malam lah tikus paling aktif dan diorang takut dengan api atau cahaya. So, untuk gunakan taktik ni sebaiknya, korang kena lah memadam api askar-askar untuk menggunakan tikus tu kepada kegunaan korang.

Dalam game ni jugak tiada nyawa gais. Sekali korang kena tikam, mati terus. So game ni memang mengutamakan kepada system stealth dan bermain secara taktikal sepenuhnya. Macam E-jam cakap tadi lah, korang kena pandai menggunakan persekitaran korang sebaik mungkin. Hugo tu walaupun seorang NPC, tapi dia ada unik dia sendiri. Unik dia adalah dia akan jadi seperti adik korang sendiri. Sepanjang game ni, Amicia dan Hugo akan berganding bahu dan mengeratkan hubungan sesama sendiri. Sebelum ni Hugo yang asyik sakit dan tak dapat menghabiskan masa bersama dengan Amicia, kini dia berpeluang untuk bersama Amicia.

So gais, korang rasa best tak dengan concept game ni? Game ni mengutamakan kepada stealth berbanding lawan secara berdepan-depan dan jalan cerita jugak menarik. A Plague Tale: Innocence ni dah keluar untuk PC (Steam), PS4 dan Xbox One untuk korang memiliknya okay? Keep it classy, stay safe dan ciao gais~

See Also: Mobile Version Apex Legends On The Way!?, Titanfall 3 Ditunda, Fokus Apex Legends, Menentang Hukum Fizik Dalam Apex Legends, #RacunTips Shoot Dengan Baik Dalam Apex Legends

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.


[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: