Against the Odds, dokumentari mengenai team Redbull OG memenangi TI8 berlangsung di Malaysia!

Dokumentari Against the Odds menunjukkan kesusahan dan kebangkitan pasukan Red Bull OG!

racun-tech-against-the-odds-redbull-og-meet-and-greet

Adakah korang mengenali team Dota 2 iaitu OG? Jika ya, mesti korang ingin tengok dokumentari mengenai perjalanan mereka sehingga memenangi pertandingan TI8 dalam dokumentari Against the Odds. Filem dokumentari ini akan menyaksikan sebuah perjalanan team OG, mengisahkan tentang bagaimana sebuah kumpulan gamer telah menjadi legend dan memenangi satu pertandingan besar dalam Esports iaitu TI8. Dikatakan filem dokumentari ini akan dijadikan sebagai pendahuluan kepada TI9 di mana Red Bull OG akan mempertahankan takhta mereka sebagai juara TI8.

Akibat kehilangan ahli pasukan, Red Bull OG telah jatuh

racun-tech-against-the-odds-redbull-og-conference

Dalam dokumentari Against the Odds ini, kita akan menyaksikan perjalanan 5 player dan seorang jurulatih, yang melawan segala kemungkinan dan membuat sejarah esports. Filem dokumentari ini jugak akan memberikan perspective mendalam dalam pengalaman Johan “N0tail” Sundstein, Sébastien “Ceb” Debs, Jesse “JerAx” Vainikka, Anathan “ana” Pham, Topias “Topson” Taavitsainen dan coach Cristian
“ppasarel” Banasean sambil mereka menempuh perjalanan suka untuk mendapatkan takhta pasukan Dota 2 terbaik dunia. Dokumentari ini akan diterbitkan oleh pemenang Emmy Award iaiu Red Bull Media House. 

Walaupun sebelum TI8, pasukan Red Bull OG sudah pun menjadi antara pasukan yang terkenal, tetapi mereka telah mengalami kesukaran apabila 3 ahli pasukan, termasuk ketua pasukan dan co-founder, keluar. Disebabkan itu, Red Bull OG telah kehilangan jemputan langsung ke TI8.

Red Bull OG telah mendapat tempat ke 14 dalam Pro Circuit dan hanya sedikit sebenarnya yang menjangka mereka akan pergi jauh, lagi-lagi memenangi terus pertandingan itu. Tetapi apa yang mengikut seterusnya adalah sebuah “underdog” di mana mereka bertahan dan membawa pulang hadiah $12 juta. 

Pengarah Against the Odds, Joseantonio Danner berkata, “Ahli pasukan Red Bull OG memang merupakan sebuah pasukan yang menarik dan ahli-ahli yang boleh dikait rapat, yang menjelaskan kenapa ramai yang sokong. Kami jugak berharap yang semua orang Malaysia, bukan sahaja atlet esports, akan rasa semangat atau berinspirasi daripada dokumentari tersebut untuk berani mencuba. Against the Odds ini akan membuka tirai kepada dedikasi dan drama di sebalik tabir daripada salah satu pertandingan terbesar esports dan akan memberikan wawasan unik dalam salah satu perjalanan mengilhamkan yang esports bakal menyaksikan.”

Malaysia menjadi tempat rasmi tayangan Against the Odds, lokasi bootcamping OG dan peminat dapat berjumpa bersama Red Bull OG!

racun-tech-against-the-odds-redbull-og-sunway-university

Malaysia telah dipilih untuk menjadi tempat untuk tayangan rasmi dan semua ahli pasukan Red Bull OG menghadiri di sesi tayang rasmi tersebut. Team Red Bull OG jugak ada bootcamping di Malaysia sebagai persediaan untuk mempertahankan takhta mereka di TI9 pada 20-25 August. 

Bercakap mengenai pilihan bootcamping mereka, Sundstein (N0tail) berkata “Kami sangat bangga dengan bakat yang ada di Malaysia. Infrastructure dan bakat yang berada di tahap akar umbi sekarang kini berada di tempat yang boleh memastikan Malaysia menjadi tempat Esports Regional Powerhouse seterusnya. Malaysia mempunyai sejarah dalam menjadi tuan rumah event esports besar dan ada kerajaan yang berfikiran selangkah kedepan dan memberikan sokongan kepada industri yang sangat mengkagumkan. Kami positive yang Malaysia akan menjadi kekuatan utama untuk arena Esports akan datang.”  

Selepas habis tayangan rasmi dokumentari itu, pasukan Red Bull OG telah mengadakan sesi “meet and greet” khas bersama para peminat dan peminat yang bertuah dapat berjumpa, bergambar dan macam-macam lagi aktiviti yang dilakukan di tayangan rasmi pada 7 August di Sunway University. 

racun-tech-against-the-odds-redbull-og-racun-tech
racun-tech-against-the-odds-redbull-og-fans

Bagi mereka yang terlepas untuk menyaksikan dokumentari itu, ataupun berminat untuk tengok, boleh pergi ke Red Bull TV di mana ianya ditayangkan secara eksklusif.

Goodluck TI9 Red Bull OG!

See Also: Capcom memilih beberapa fans untuk menguji Resident Evil baru!, Unifi memberikan #khabarbaik dengan mengumumkan unifi Air, unifi Lite dan myunifi APP!, NZXT mengumumkan ketibaan H Series dan H510 baru!, Apex Legends streamer banned sebab dapat tembakan nasib, Moderator terpedaya, Ninja kena hack di Instagram!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: