Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang

Walaupun Ianya Video Stunt GTA 5, Ahli Politik Pakistan Silap Faham Dan Menganggapnya Kejadian Sebenar

racun-tech-ahli-politik-salah-faham-GTA-V

Minggu lepas, ahli politik Pakistan Awami Tehreek Secretary General iaitu Khurram Nawaz Gandapur telah menkongsikan satu rakaman dalam Twitter mengenai satu kapal terbang yang hampir berlanggar dengan sebuah lori tanker yang berhenti di tengah-tengah landasan kapal terbang. Dalam rakaman tersebut, kapal terbang A380 airbus baru sahaja mendarat tetapi ada satu lori tanker yang berhenti di tengah landasan.

Kemudian kapal terbang tersebut berjaya mengelak lori tanker tersebut dengan menarik kapal menaik pada saat terakhir. Ramai yang retweet post ahli politik itu mengenai video kapal terbang ini dan terus menjadi viral.

Tetapi lebih ramai yang komen dalam tweet yang telah dibuang itu berkata video itu adalah palsu dan ianya sebenarnya sebuah stunt dalam video game GTA V. Walaupun begitu, bukan ahli politik Gandapur sahaja yang tersilap faham mengenai video ini. Di Twitter, satu account yang bernama “Physics-astronomy.org” jugak telah kongsi video ini kepada 47 ribu follower dia, memberitahu yang video ini merupakan sebuah percubaan gagal oleh pengganas di Algeria. Dia juga memuji juruterbang disebabkan kemahiran dia dalam situasi genting macam ini.

Selain itu, benda ini jugak dapat menarik perhatian seorang wartawan daripada France 24 sehingga dia ingin mencapai kepada orang yang post video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tapi apa-apa pun video yang ditunjukkan adalah sebuah video stunt yang dibuat oleh Youtuber The Ui Gamer.

Bukan Kali Pertama, Dan Bukan Kali Terakhir

Ini bukan kali pertama orang ramai tertipu klip sebenar dengan video game seperti ahli politik Gandapur tersebut. Russia pernah menggunakan video daripada game mobile AC-130 Gunship simulator mengenai kapal terbang AC-130 yang menembak askar di darat dan membuatkannya seolah-olah US bekerjasama dengan ISIS. Selain itu, ITV tersalah faham apabile dokumentari mereka menunjukkan sebuah video mengenai sebuah serangan ke atas helikopter yang sebenarnya adalah klip daripada game ARMA 2 (boleh dilihat di bawah ini)

Maka dengan itu hati-hati dan jangan terpedaya seperti ahli politik ini dan sebagainya. Lagi-lagi jika klip itu adalah daripada game yang kini semakin canggih daripada segi graphic.

Sumber: PCGamer

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: