Hacker No More

racun-tech-apex-legends

Baru-baru ini, Respawn Entertainment ada mengkongsikan beberapa informasi tentang game mereka iaitu Apex Legends dan masalahnya iaitu hacker/cheater dan spammer. Dalam satu post baru Reddit oleh Apex Legends, developer telah membincangkan secara terperinci tentang pelan baru diorang untuk masa depan Apex Legends untuk membendung hackers/cheaters dan spammers.

Ini sebab sejak datangnya mode Apex Ranked, cheaters ini telah menjadi topic hangat dan ramai yang telah mengadu tentang ini. Maka Apex Legends pun telah membuat perkara seperti berikut untuk bukan hapuskan cheaters, tetapi untuk bagi diorang berseronok dalam dunia sendiri.

Kenapa Buang Hacker Kalau Boleh Sumbat Dalam Satu Match Apex Legends Terus?

racun-tech-apex-legends-cheaters

Developers Apex Legends telah menggunakan satu “learning machine” untuk membuat satu sikap di mana ianya boleh auto detect dan ban account yang cheat atau account spam. Two-factor authorization akan diperlukan untuk account yang berisiko tinggi di sesetengah daerah dan Respawn akan berusaha lagi untuk mengesan cheater baru pada masa akan datang.

Tapi selain daripada detect dan auto ban account, yang menariknya adalah Respawn tengah mencuba benda baharu iaitu diorang akan satukan para cheater dan spammer ini dalam satu match yang sama. Mesti menarik tengok hacker ini dikumpulkan dalam satu match dan tengok diorang lawan antara satu sama lain.

Seperti yang korang pernah mengalami, hacker ini kebiasaanya ada yang terlalu laju sehingga tak boleh ditembak, ada yang boleh kesan kita di mana tanpa melihat melalui skill Bloodhound atau menggunakan scope Digital Threat. So Respawn pun ingin melawan gejala tak bermoral ini lagi-lagi mereka yang ingin naik rank dalam Apex Ranked. 

Tapi amaran juga diberikan bagi mereka yang sertai team hacker ini. Sesiapa yang tau ahli pasukan dia adalah hacker, tetapi tak keluar atau tetap bermain dengan hacker itu akan dikira sebagai cheater jugak.

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: