Apex Legends Season 2 Trailer, Kings Canyon Takkan Sama Seperti Dahulu Dengan Kemunculan Gigantic Leviathan

Kings Canyon Diubah Sepenuhnya Dengan Pembuatan Seseorang

Apex Legends telah mengeluarkan trailer baru untuk menunjukkan bahawa game itu sedang menuju ke Season 2 pada 2 July nanti. Apa yang boleh dikatakan, memang sangat seronok apabila melihat trailer itu. Pada mulanya ingatkan hanya trailer menunjukkan Apex Legends seperti biasa tapi lama kelamaan ianya makin seronok!

Dalam trailer ini, ianya menunjukkan Legends yang kita kenal iaitu Octane, Mirage, Bloodhound, Gibraltar dan Legend terbaru iaitu Wattson. Tapi ada satu character yang kita tak kenal meletupkan satu dome untuk kepulauan Kings Canyon dan membawa masuk Leviathan, raksasa yang dapat korang melihat daripada trailer tersebut.

Update Dalam Season 2 Apex Legends?

Apa yang baru dalam Season 2 ini adalah kita akhirnya boleh bermain secara rank. Bermula daripada Bronze, Silver, Gold, Platinum, Diamond dan paling terunggul iaitu Apex Predator. Akhirnya orang yang baru bermain tak perlu berhadapan dengan player yang dah kill seramai 15 ribu orang.

Selain tu, walaupun tiada map baru, tetapi Kings Canyon telah berubah sepenuhnya akibat kemasukan Leviathan tersebut, sesetengah tempat yang kosong kini dah ditambah dengan bangunan baru, ada yang tumbuh rumput dan sebagainya. Leviathan itu dikatakan akan pusing-pusing satu map untuk lenyekkan player? Bersedia gais.

Sudah semestinya, bila dah masuk battle pass baru, skin baru, weapon skin baru mesti ada. Skin baru untuk Legends antaranya adalah Prince of Darkness untuk Caustic, dan Jade Tiger untuk Octane. Selain itu jugak kita didatangi dengan weapon legendary baru iaitu L-Star, weapon yang power tetapi boleh overheat.

Dalam Season 2 ini jugak Apex Legends akan ada skydive emote yang di mana korang boleh menggunakan emote ketika tengah skydive ke destinasi pilihan korang.

Character Baru Apex Legends Wattson

racun-tech-apex-legends-wattson

So dalam trailer itu telah dikhaskan untuk fokus kepada suasana map baru dan juga Legends baru iaitu Wattson. Wattson merupakan anak kepada pencipta arena Apex Legends ini. Disebabkan itu, ability yang digunakan dia ni adalah dikira “perfect” untuk setup trap di arena ini.

Passive Ability: 

Passive untuk Wattson adalah dia boleh charge ultimate dia dengan menggunakan satu sahaja Ultimate Accelerants dan terus penuh. So korang boleh spam ultimate dia nanti.

Tactical Ability: Perimeter Security Fences

Pagar ini akan membuatkan enemy dikenakan 25 damage (tetapi tidak tahu samada untuk shield atau health yang berkurang, atau mungkin dua-dua?). Selain damage itu, enemy akan jadi slow, sama seperti terkena Arc Star. Apa yang best pasal ability ini adalah ianya takkan kena kepada geng sendiri sebab bila kawan melaluinya, pagar ini akan tertutup sementara. Tetapi bahaya jugak kalau enemy masuk serentak dengan kawan-kawan so jaga-jaga gais. Pagar-pagar ini korang boleh setup mengikut kreativi korang so pandai-pandai lah eh hehe.

Ultimate Ability: Interception Pylon

Ultimate Wattson ini sangat-sangat menarik perhatian sebab, Interception Pylon ini akan memusnahkan segala bom yang dibaling kepada korang dan ultimate jugak berkesan. Maksudnya, ultimate seperti Gibraltar dan Bangalore yang memanggil artillery daripada langit itu takkan berkesan dengan adanya ultimate Wattson ini.

Ada lagi kepada ultimate ini sebenarnya. Ultimate ini jugak membantu korang dengan mengisi balik shield korang secara berperingkat. Walaupun slow tapi kalau korang shield battery, inilah yang akan menolong korang nanti.

So itu jer update yang bakal melanda Apex Legends ini nanti untuk Season 2 pada 2 July nanti. Setakat ini kita takda sebarang informasi tentang character yang meletupkan shield dome untuk menghalau Leviathan itu daripada masuk. Dikatakan itu adalah character seterusnya yang akan masuk dalam Apex Legends yang dikenali sebagai Crypto? Apa-apa pengumuman kita tunggu sahaja okay gais? Bersedia untuk berjumpa di alam Apex Legends nanti!

See Also: Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: