Apex Legends Season 2: Tarikh Update, Naga, L-Star, Dan Banyak Lagi!

Naga-Naga Itu Dengan Senangnya Mencuri Death Box

Baru-baru ni ramai yang tertanya bila Season 2 akan masuk dalam Apex Legends tetapi sebenarnya sedar tak sedar dah ada perubahan yang ada dalam game MMO Battle Royale oleh Respawn Entertainment sekarang ini. Jika bertuah, korang berpeluang untuk bertembung dengan naga yang akan berterbangan di sekitar map dan akan mencuri death box player yang sudah tumbang dalam map tersebut.

Tapi korang jangan tengok je tau naga itu atau nama yang diberi yang dijumpai dalam satu leak iaitu “Flyer”, korang boleh tembak untuk mendapatkan death box untuk kegunaan korang sendiri. Setakat ini Respawn takda cakap apa-apa pasal Flyer ini tapi semestinya dalam update latest ni diorang dah masukkan naga-naga ini.

Weapon Baru Apex Legends Season 2

So kita jugak dapat mengetahui satu berita baru tentang game ini iaitu game ni akan disertai dengan kehadiran weapon baru iaitu light machine gun (LMG) L-Star. Kemungkinan jugak LMG baru ini akan jadi boyfriend baru player Apex Legends. Sebab dia adalah, seperti weapon lain, weapon ini adalah weapon sama yang ada dalam game Titanfall series dan tak perlu cakap banyak, memang best.

Walaupun pelurunya bergerak dengan perlahan, tapi dikatakan LMG ini akan mempunyai damage yang sangat kuat. Dikatakan jugak dengan LMG ini korang tak perlu aim dengan tepat untuk mendapatkan damage yang efektif. Maksudnya tiada perbezaan yang banyak antara tembak kepala atau badan.

Selain tu jugak LMG L-Star ni akan ada feature overheat di mana kalau tembak secara berterusan akan menyebabkan LMG ini jammed dan kena tunggu sebentar baru boleh digunakan semula. LMG L-Star ini jugak bukan menggunakan peluru biasa tau. L-Star ini akan masuk dalam Apex Legends sebagai airdrop weapon dan bukannya weapon biasa. So dia akan jadi seperti aridrop weapon Mastiff dan Kraber.

Weapon Attachment Dan Nerf/Buff

racun-tech-apex-legends-pathfinder

Weapon Attachment jugak akan ditambah dalam update terbaru Season 2 yang bakal melanda nanti. Untuk pistol P2020 dan pistol-shotgun Mozambique, akan mendapat attachment Hammerpoint Rounds yang akan memberikan damage lebih besar terhadap enemy yang tidak memakai armor. Respawn berharap player akan mula membiasakan diri untuk membawa pistol-pistol ini dalam game ini lagi-lagi dalam late game nanti.

Untuk SMG Alternator dan pistol machinegun RE-45 akan mendapat Disruptor Round yang berfungsi untuk memberikan damage yang lebih kuat kepada enemy yang memakai armor/shield.

Arc Stars yang merupakan bom berbentuk shuriken itu akan mendapat nerf dan buff tersendiri. Untuk nerf adalah daripada segi ianya akan dikurangkan area damage yang dilakukan oleh bom ini. Untuk buff pulak, damage akan ditingkatkan lagi apabila dapat membaling shuriken ini tepat kepada badan enemy tersebut.

Bukan tu sahaja tapi Legends jugak akan dikurangkan ammo stack yang dibenarkan untuk dibawa. Para Legends kini hanya boleh membawa 16 shotgun ammo per stack daripada sebelum ini yang total boleh dibawa ialah 64. Tapi Legends kini boleh membawa total sebanyak 80 energy ammo daripada 60 sebelum ini.

Perubahan Airdrop Weapon, Tarikh Update Dan Legends Baru??

racun-tech-wattson-apex-legends

Airdrop weapon seperti Kraber (Heavy Sniper) dan Mastiff (Shotgun) jugak akan diturunkan mengikut stage game yang telah beralih macam mana. Jika circle masih besar, maka Kraber akan diturunkan bagi dapat digunakan dalam capacity yang maksimum. Kalau circle makin mengecil maka Mastiff pula yang akan keluar untuk kegunaan yang sesuai dalam persekitaran yang kecil.

Update ini, Legends baru yang bernama Wattson dan banyak lagi akan datang ke Apex Legends Season 2 yang dijangka bermula July 2 nanti. Tapi tarikh mungkin akan berubah so rajin-rajin tengok update daripada Respawn okay Legends.

Sumber: Polygon, PCGamer

See Also: Apa Yang Kita Tahu Tentang Elden Ring Game Awesome FromSoftware, PermaDeath Dan Bermain Sebagai Siapa-Siapa Sahaja Wow!, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: