ARMA 3 ‘Contact’ Campaign Ambil Masa 6 Jam Untuk Dihabiskan

Bersedia Untuk Mempertahankan Bumi Daripada Makhluk Asing Dalam ARMA 3 ‘Contact’!

racun-tech-arma-3-contact-army

Jika korang tahu, game ARMA 3 adalah game tactical shooter sandbox yang memberikan korang gaming experience seperti menjadi askar yang betul (kecuali enemy bot yang tembak dengan sangat-sangat tepat menggunkan AK-47 dalam jarak jauh?). Game daripada Behomia Interactive ini baru-baru sahaja akan mendapat expansion spin-off dan nama expansion ini adalah ‘Contact’ di mana askar akan bertemu dengan makhluk asing.

Melalui interview exclusive OnlySP bersama Joris-Jan van ‘t Land, ketua projek untuk ‘Contact’, Joris telah mengesahkan bahawa tempoh expansion ARMA 3 ini adalah selama 4-6 jam untuk dihabiskan.

racun-tech-arma-3-contact-alien-egg

Katanya, sebab expansion ARMA 3 ‘Contact’ mengambil masa yang panjang adalah mengikut kepada skill palyer itu sendiri dan jauh serta banyak mana yang diorang ingin selongkar dalam dunia ‘Contact’ itu. Mereka (Bohemia Interactive) anggarkan masa untuk habiskan adalah dari 4 hingga 6 jam keseluruhan content dan mission expansion ini. Selain itu jugak, ada banyak benda best yang pasti player akan cuba selongkar dan termasuk juga kawasan baru Livonia. Mereka berharap komuniti akan cuba membuat senario alien mereka sendiri daripada expansion ARMA 3 ‘Contact’ itu.

Joris berkata, player akan memegang watak “Seorang NATO drone operator” yang sedang melalui program latihan khas askar di Livonia. Dalam salah satu routine harian latihan mereka ini, manusia bersemuka dengan makhluk asing yang datang dengan teknologi canggih dan aneh mereka.

ARMA 3 ‘Contact’ akan dikeluarkan pada 25 July 2019 nanti untuk PC. Bersedia untuk mempertahankan bumi daripada serangan makhluk asing nanti gais. Ianya mesti jadi pertarungan yang awesome!

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: