Asus Malaysia lancarkan ROG STRIX SCAR III!

Fresh dari Computex, Asus Malaysia melancarkan model baru mereka iaitu ROG STRIX SCAR III RM6999!

Terdapat dua variasi untuk model Scar III iaitu G531G-WAZ180T dan juga G731G-VEVO57T. Scar III dilengkapi dengan komponen utama iaitu processor Intel Core i7-9750H, 16GB DDR4 2666MHZ ram serta nvme 512gb m.2 ssd.

Ok min nak cerita untuk model flagship iaitu G531G-WAZ180T, ia didatangkan dengan skrin bersaiz 15.6′, FHD, IPS Panel, 240hz, 3ms dan paparan anti silau. Seterusnya, graphic card pada model ini ialah RTX2070! Memang spec ni padu untuk gamers on-the-go!

ROG STRIX SCAR III 15.6


Ok gais, dari segi design dia. kalini model Scar III diinspirasikan dengan kolaborasi antara team Asus dan team design BMW. Rekaan dia memang sleek dan elegan, bezel dekat laptop ni memang slim dan boleh memberikan immersive experience dekat korang! Terdapat juga RGB led yang diletakkan dibawah chassis laptop ini. RGB led ini korang boleh control guna software Aura Sync.

racun-tech-asus-scar-iii

Feature terbaru untuk kalini, Keystone. Keystone ni dia berfungsi sebagai ‘pendrive’ yang korang boleh simpan data dan setting personalization laptop korang. Keystone dipasang secara magnetic pada tepi laptop ni. Jangan risau, korang tak kan tercicir Keystone ni sebab dia min dah test time Sneak Peek Event dekat Computex 2019 yang lalu. Dah goncang pun tak tercabut beb!

racun-tech-asus-ROG-STRIX-SCAR-III-KEYSTONE


Setiap pembelian model ROG Strix Scar III akan diberikan ROG Backpack dan ROG Gladius Mouse secara percuma! Berbaloi- baloi tu gais. Lagipun, setiap laptop ROG ada 2 tahun Global Warranty! if korang beli laptop ni dekat Asus Malaysia dan pergi study atau kerja oversea, korang tak perlu risau sebab warranty cover dimana-mana saja. Asalkan ada Asus Service Centre!

SPESIFIKASI ROG STRIX SCAR III 2019

Okay, ini spesifikasi penuh untuk rujukan korang semua.

racun-tech-asus-malaysia-specification

See Also: Huawei Banned Daripada Menggunakan Service Google Play, Temporary License Diberikan Kepada Huawei, Black Ops 5 Adalah CoD 2020, Modern Warfare 4 Ke Mana?, John Wick Skin Dalam Fortnite Rasa Awkward, Iron Man Atau One Punch Man Pilihan Korang Dalam MH:W?

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: