Satu Monitor Gaming Focused (ROG Strix XG17) Dan Satu Lagi Ada Touchscreen (ZenScreen Touch), Kedua-duanya Portable!

So seperti yang telah diceritakan oleh saudara Azran dengan pengalamannya di sana(Computex 2019), memang banyak booth-booth yang menarik, custom casing, dan banyak lagi. Di sana jugak ada brand-brand yang besar seperti AMD, Intel ASUS dan sebagainya. Memang banyak tech baru yang didedahkan di sana. Kalau korang tak baca lagi, korang baca tentang event yang ada di sana melalui pengalaman first day Computex Azran di sana.

So sekarang ni, banyak tech yang didedahkan pada event Computex 2019 ni dan yang menarik minat orang ramai adalah monitor ASUS. Apa yang menarik sangat ni? Yang menarik perhatian orang ramai kali ni terhadap ASUS adalah diorang telah mendedahkan product terbaru diorang iaitu Portable Monitor ZenScreen Touch dan jugak ROG Strix XG17. 

Perbezaan ROG Strix XG17 & ASUS ZenScreen Touch

racun-tech-zenscreen-touch
racun-tech-pr-talk-asus-zenscreen-touch
Sumber: Azran (Computex 2019)

So apa yang membezakan kedua-dua monitor ni senang jer. Seperti yang korang tau atau tak tau, ASUS lah yang pertama dalam membuatkan USB-C portable monitor. Kali ni pada Computex 2019 ASUS telah mengeluarkan dua design unik monitor diorang. Kita masuk dulu dengan portable monitor ASUS ZenScreen Touch.

ASUS ZenScreen Touch ni mempunyai 15.6 inci dan resolution 1080p. Potable monitor ni jugak telah design untuk disambungkan dengan smartphone atau laptop. Tujuannya untuk memudahkan beberapa apps yang dikatakan sukar untuk digunakan sebab screen phone yang kecil atau susah untuk digunakan di phone. So sebab tu boleh disambungkan dengan ZenScreen Touch ni, untuk memudahkan penggunaan UI yang complex pada canvas atau screen display yang lagi besar.

Plus ada function touchscreen, so memang memudahkan kerja korang. Tak lupa jugak monitor ni mempunyai sebanyak 7800mAh battery dan mempunyai protective case yang boleh diubahkan menjadi stand untuk monitor ni. Macam korang pakai phone atau tablet yang ada, monitor ni jugak didatangi dengan pencil di bahagian tepi untuk kegunaan korang.

ROG Strix XG17 Pulak?

Untuk ROG Strix XG17 pulak, design dia lebih kurang jer seperti ASUS ZenScreen Touch tapi ada lain dia. ROG Strix XG17 ni lebih memfokuskan kepada gaming. ROG Strix XG17 ni mempunyai 17.6 inci display dan seperti ZenScreen Touch tu, jugak resolution 1080p. ASUS dengan bangganya mengumumkan ROG Strix XG17 ni adalah portable gaming monitor 240Hz pertama di dunia ni.

Seperti ZenScreen Touch, ROG Strix XG17 ni mempunyai 2 USB-C port, Micro HDMI, dan 7800mAh battery. 7800mAh battery ni ASUS berkata mampu untuk bertahan selama 3 hari so memang padu! Apa yang best pasal monitor ni adalah ianya mempunyai 17.6 inci IPS panel yang support variable refresh rate. Monitor ni jugak korang boleh connect monitor ni dengan Nintendo Switch atau laptop. Tetapi ramai yang meminta option lain seperti penggunaan monitor ni dengan laptop yang mempunyai display refresh rate yang tidak tinggi.

Lagi-lagi kalau main game yang competitive esports seperti LoL (League of Legends) atau CS:GO dan sebagainya yang memerlukan display refresh rate yang tinggi. So dengan monitor yang mempunyai refresh rate sebanyak 240Hz ni korang tak perlu risau lah. 

racun-tech-asus-rog-strix-xg17

ASUS Monitor Price? Bila Keluar?

So setakat itu sahaja yang diketahui tentang dua monitor unik baru daripada ASUS. Kita jugak masih tak tahu berapa harga kedua-dua monitor tersebut tapi kita akan tau jugak lambat laun so keep it classy, stay safe dan ciao gais~

p/s: jangan lupa jugak check pasal Asus umumkan motherboard X299 Prime Edisi 30!

See Also: Huawei Banned Daripada Menggunakan Service Google Play, Temporary License Diberikan Kepada Huawei, Ren Zhengfei Yang Pertama Akan Protest Kepada China, John Wick Skin Dalam Fortnite Rasa Awkward, AMD UMUMKAN RYZEN 3000 SERIES!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.


[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: