MEMANG RACUN! ASUS UMUMKAN RX 5700 & RX 5700 XT STRIX!

 Asus turut umumkan ASUS TUF dan juga ASUS DUAL EVO RX5700 

Seperti yang ditunggu-tunggu peminat grafik kad AMD RX5700 dan RX5700XT adalah custom cooler design. Asus membawakan custom PCB, design terbaik dan solusi penyejukan yang mantap. Kenapa custom cooler? Dengan custom cooler, ia membolehkan prestasi kad itu meningkat berbanding cooler reference (blower). Contohnya, kalau grafik kad itu panas, akan berlaku ‘thermal throttling’ dan prestasi akan menurun. Tetapi tidak dengan ASUS Strix!

Bagi gamers yang mahu gaming pada resolusi 1440p, kad RX5700 dan RX5700XT adalah pilihan yang terbaik pada masa ini kerana ia adalah ‘sweet spot’ dan mampu milik untuk kita semua gamers marhaen!

So, dengan kad terbaru ASUS ini, apakah teknologi atau features yang kita dapat?

Setiap PCB, atau chip itu dipateri dengan teliti menggunakan teknologi Auto-Extreme, dan graphic chip disejukkan menggunakan teknologi MaxContact dan semestinya heatsink yang tebal. 

Setiap grafik kad Asus Strix didatangkan dengan 3 kipas Axial-Tech yang kita sudah tahu dengan prestasinya yang terbaik berbanding generasi kipas pada kad Asus Strix sebelum ini.

Sebagai tambahan, Asus turut menawarkan mod 0db, IP5X dust resistance dan juga frame yang dikukuhkan lagi.

Ok, part paling penting sekali adalah HARGA. Untuk peminat Asus semua ini adalah harga pasaran (SRP) yang ditetapkan Asus Malaysia

ROG-STRIX-RX5700XT-O8G-GAMING – RM2500

ROG-STRIX-RX5700-O8G-GAMING – RM2200

Setiap grafik kad Asus didatangkan dengan warranti selama 3+1 tahun. Korang jangan lupa untuk daftarkan warranti extra 1 tahun dekat laman Asus ya.

Oh tak lupa juga, ini adalah spesifikasi teknikal kad Asus Strix RX 5700XT dan Asus Strix  RX 5700

ROG Strix RadeonTM RX 5700 XT

 AMD RadeonTM stream processors: 2560

  • GPU CoreClock (MHz): TBD
  • 8 GB GDDR6 memory
  • Memory clock: 14 Gbps
  • PCIe®interface: 4.0
  • 1 x Native HDMI 2.0b output
  • 3 x Native DisplayPort 1.4

    ROG Strix RadeonTM RX 5700

  • AMD RadeonTMstream processors: 2304
  • GPU CoreClock (MHz): TBD
  • 8 GB GDDR6 memory
  • Memory clock: 14 Gbps
  • PCIe®interface: 4.0
  • 1 x Native HDMI 2.0b output
  • 3 x Native DisplayPort 1.4

Grafik kad Asus Strix ini sudah boleh didapatkan dikedai PC yang trusted dan awesome macam Racuntech ya. Korang boleh terus pm team kami. 

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: