Author: Clam Chowder

img
author image by Clam Chowder | Action Capcom Console Gaming Horror JRPG Playstation Resident Evil 2 Remake Resident Evil Series RPG Square Enix Survival Horror | 0 Comments | 20 Feb 2019

Game Lama Yang Abam Nak Sangat Di Remake Untuk PlayStation!

Hai korang, so, dah lama sebenarnya abam tak bercerita dan sampaikan berita-berita untuk korang pembaca setia website RacunTech ni. Biasalah ada kekangan masa sedikit. Untuk hari ni, abam tak nak la cerita tentang berita semasa yang berlaku dalam dunia gaming dan juga tech. Yang itu, kawan abam akan sampaikan. Cuma, hari ini, abam nak bersembang sikit dengan korang akan game-game yang lama, dari zaman kecik korang yang korang rasa patut di lakukan remake.  Untuk artikel kali ini, ianya berlandaskan dari Resident Evil 2 Remake sebenarnya, sebab abam tengok, selepas Capcom remake game Resident Evil 2 tu, fuhh, it’s a big hit dalam industri gaming lagi-lagi untuk Capcom yang berjaya mengembalikan nostalgia para gamers semasa zaman PlayStation 1 dulu. Artikel kali ini merupakan pandangan abam dan juga game yang abam nak sangat sangat sangat di remake. Haaa, tak perlu nak berceloteh panjang, jom kita tengok game apa yang abam nak di remake (kalau boleh la ye) dan untuk kali ini, abam buat untuk versi PlayStation je lah.

Read more
img
author image by Clam Chowder | Action Multiplayer pc PlayStation 4 PS4 Xbox | 0 Comments | 21 Jan 2019

Jyotaro Kujo Dari Kisah Penjelajah Jojo dan Dai Dari Dragon Quest Akan Ke Jump Force!

Weh! Serious ah!!! Abam tak kisah sangat dengan karekter lain dalam game ni, tapi kalau ada Jojo, konfirm epik! Kepada mereka yang tak tahu, meh abam nak cerita, Jump Force merupakan fighting game yang bakal tiba di Jepun pada 14 Februari tahun 20019 ni untuk konsol PlayStation 4 dan juga Xbox One. Untuk mereka yang berada di Amerika dan juga Eropah, Jump Force akan dilancarkan pada 15 Februari. Jangan risau, game ni akan di lancarkan untuk mereka yang menggunakn PC jugak tau.

Read more
img
author image by Clam Chowder | Adventure Gaming PlayStation 4 | 0 Comments | 07 Nov 2018

Nomura: Pelbagai Pembinaan di Ambil Kira Untuk Menemani Final Fantasy VII Remake

Haritu, semasa acara tertutup The World Ends With You: Final Remix, yang telah diadakan pada Oktober 30, Tetsuya Nomura, Producer kepada Square Enix, telah menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh peminat yang hadir ke acara tersebut. Antara soalan yang diberikan kepada Nomura adalah berbunyi, ” Saya mahu bermain Before Crisis: Final Fantasy VII sekali lagi”.

Read more
img
author image by Clam Chowder | Gaming pc | 0 Comments | 06 Nov 2018

Serious, Sidequest Untuk Cyberpunk 2077 Boleh Mengolah Main Story

Mesti korang tahu CD Projekt Red kan? Dan korang mesti pernah layan game The Witcher 3 kan? Korang jugak mesti tahu tentang Cyberpunk 2077. Buat masa ni, bagi abam lah kan, CD Projekt Red belum pernah lagi menghampakan peminat dan juga pemain game-game mereka. Ramai yang berpendapat yang Sidequest tidak beberapa penting. Tetapi, bagi abam, Sidequest di dalam The Witcher 3 membuatkan lagi game tu sangat lah kaya dengan penceritaan. Dengan Sidequest yang ada, kita lebih mengenali karekter yang ada di dalam game tersebut.

Read more
img
author image by Clam Chowder | Gaming pc | 0 Comments | 06 Nov 2018

Diablo 4 Sepatutnya Diumumkan Semasa Blizzcon 2018, Tetapi?

Kalau korang tahu, mula-mula, Blizzard mengumumkan kepada peminat dan mereka yang hadir di Blizzcon tentang Diablo: Immortal. Apa yang abam dapat tahu, ramai makhluk marah, tak puas hati, rasa macam nak gigit je orang-orang yang ada dalam Blizzard ni. Asal eh? Pelik jugak abam. Terbaru, abam dapat tahu sebenarnya, mereka nak umumkan tentang Diablo 4 semasa pengakhiran Blizzcon 2018. Tetapi, takde pulak. Apa yang dah jadi ni?

Read more
img
author image by Clam Chowder | Adventure Gaming pc | 0 Comments | 05 Nov 2018

Dulu Harvest Moon, Sekarang Little Dragons Café Pulak ke PC!

Abam boleh tahu, mesti ramai pembaca dan juga pengikut Racuntech pernah main game Harvest Moon kan? Abam tak kisah Harvest Moon yang mana, PlayStation 1 ke, Gameboy ke, yang pasti, abam nak tanya satu soalan, pernah main ke tak? Little Dragons Café, merupakan game yang dibuat oleh pencipta asal Harvest Moon, Yasuhiro Wada, yang dikatakan akan hadir ke PC tak lama lagi. Bila tu? Dengar khabar, yang Little Dragons Café akan membuat kemunculan pada November 15 nanti. Studio Aksys Game sendiri yang mengumumkan tentang kemunculan Little Dragons Café ke PC. Nak tahu game Little Dragons Café ni macam mana gameplay dia? Ikut abam, abam nak tunjukkan.

Read more

Laman Social Kami

Komen Terkini