Oops, sorry salah nama tajuk tapi malas nak tukar so hehe anyways, haa ini lah hero baru yang akan masuk dalam Overwatch nanti. Askar yang bernama Jean-Baptiste Augustin ni adalah seorang askar yang berasal dari France dan dia jugak merupakan bekas askar dalam organisasi Talon.

Jean, adalah seorang anak yatim yang kehilangan mak ayahnya dalam Omnic War. Sebabkan tu, dia membesar dalam persekitaran peperangan dan berlatih menjadi askar untuk menyelamatkan orang lain. Akhirnya Baptiste jadi antara top askar yang ada. Lepas tu, dia diambil masuk ke dalam Talon dan menjadi combat medic.

Tapi lepas dah lama berkhidmat dalam Talon, Baptiste rasa Talon bukan tempat untuk dia selamatkan orang so dia pun decide untuk berhenti daripada Talon dan pergi selamatkan orang lain so apa yang jadi kat dia takkan jadi kat orang lain.

Dalam satu mission, Cuerva dan team telah dihantar untuk tangkap dan ambil Baptiste semula. Prinsip Talon senang je, takda siapa keluar daripada Talon. Masa duduk dekat hotel, seorang askar bernama Pacanowsky keluar hotel nak beli supply tapi tak balik-balik. Lepas tu, dua lagi askar iaitu Mazzei dan Doubleday pergi cari Pacanowsky tapi tak balik-balik jugak. Lepas beberapa jam, pintu bilik Cuerva diketuk dan staf hotel bagi kotak kepada Cuerva yang dalamnya ada 3 badge daripada 3 askar tu.

Guerva sendiri tau dia tak boleh ambil Baptiste secara mudah sebab dia sendiri latih askar tu dan tau kebolehan dia. Itu sahaja log daripada Cuerva yang ada. Tu maksudnya Cuerva sendiri hilang dan tak balik-balik. Haa ganas tak ganas backstory hero baru ni? Baptiste tak tau lagi bila akan masuk dalam Overwatch tapi yang pasti dia akan memegang tole sebagai combat medic so tunggu okay guys!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: