Bekas Developer C&C telah kembali ke EA untuk Remastered Command And Conquer Series!



Sebelum ni, yang sis tahu Command and Conquer Remastered ni telah dibuat khas untuk para pemain CNC dan juga Red Alert. Kini, untuk Red Alert 2 dan Yuri Revenge jua akan diremasteredkan, cumanya EA akan mencuba dulu untuk Command and Conquer yang pertama dengan Red Alert 1.

Tahu tak siapa yang akan remasteredkan dua ni? Ha, EA telah panggil semula developer sebenar dari Westwood Studios untuk remasteredkan permainan Command and Conquer ini yang situasinya seperti awal 90an dulu. Korang tak perlu risau tentang kualitinya sebab developer sebenar yang akan mengambil alih tugas untuk remastered permainan Command and Conquer ini. Mereka yang terlibat dalam remastered adalah Jo Bostic Steve Tall, Mike Legg, Ted Morris dan termasuklah Frank Klepacki, pembuat muzik untuk permainan CNC dan Lemon Sky Studios!


Di samping itu, pihak EA telah menjanjikan yang CNC remastered ini tidak mempunyai microtransaction dan hanya memerlukan pengalaman yang seronok di masa lalu dalam permainan CNC ini. Vessella juga memberitahu bahawa mereka tidak sabar untuk memperkenalkan Command and Conquer Remaster  dan Red Alert Remaster kepada peminat CNC untuk mengubati balik kekecewaan mereka dari CNC:Rivals.

Jadi, kiranya ia pasti seronok sebab mereka panggil balik orang lama, tiada microtransaction, guna 4K Grafik dengan membawa CNC Original bersama Red Alert Expansions pack Bundle. Wow!


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.







Leave a Comment

Scroll to Top