BenQ Zowie XL2546 240Hz Gaming Monitor FPS Focused Memang Awesome!!

Gaming Hebat Dengan Gaming Monitor BenQ Zowie XL2546

racun-tech-benq-zowie-xl2546

Bagi peminat dan pengguna monitor BenQ ini, lagi-lagi jika korang adalah seorang hardcore FPS gamer, monitor ini sangat bagus untuk kegunaan korang. Perkenalkan monitor BenQ Zowie XL2546 keluaran BenQ. Monitor ini mempunyai 24.5 inci dan aspect ratio 16:9. BenQ Zowie XL2546 ini jugak mempunyai refresh rate sebanyak 240Hz yang di mana, sangat-sangat sesuai untuk korang yang memerlukan monitor yang sangat-sangat bagus refresh rate dia. Tapi bukan itu sahaja yang membuatkan monitor ini monitor terbaik bagi FPS game dan gamer dan menjadi pilihan untuk esport.

Dynamic Accuracy Pembantu Aim Sejati

Dynamic Accuracy atau DyAc adalah satu teknologi milik kepada BenQ Zowie dan tak akan jumpa di mana-mana monitor yang lain. Untuk mengenal pasti DyAc ini dan kegunaanya, boleh tengok pada video disediakan di atas.

So untuk memberikan penjelasan terhadap teknologi ini, ianya akan membantu korang dalam routine harian gaming korang seperti mengurangkan motion blur atau after image dalam game tersebut. Contohnya bila korang memusingkan pandangan atau view dalam game, semestinya dia akan meninggalkan kesan afterimage (macam bayang yang cerah) atau kesan blur. Teknologi ini lebih senang dijelaskan sebagai anti-blur dan mengekalkan refresh rate dan smoothness tapi menambah kejelasan pada objek bergerak dalam screen.

Jadi dengan penggunaan teknologi Dynamic Accuracy ini memang akan mengurangkan kesan-kesan itu. Monitor ini memang jadi pilihan gamer FPS yang tidak inginkan kesan yang boleh mengganggu kualiti gaming diorang. Teknologi ini sangat membantu bagi mereka yang main game seperti PUBG dan CS:GO yang mempunyai recoil tinggi.

Nampak Jelas Dalam Gelap Dengan Black Equalizer

Black Equalizer pula adalah satu feature yang di mana BenQ mempunyai di semua gaming monitor mereka (XL dan RL series). Feature ini berfungsi untuk mencerahkan kawasan-kawasan yang gelap tetapi jangan risau, sebab ianya tak akan menjejaskan kawasan-kawasan putih.

Biasanya kita akan bermain game mesti ada kawasan yang gelap. Semestinya kita akan menaikkan brightness untuk nampak lebih jelas tetapi dengan itu, bukan sahaja kawasan gelap akan cerah tetapi kawasan lain pun akan menjadi cerah dan menyebabkan kita sakit mata untuk melihat kecerahan itu semua.

Penggunaan Black Equalizer ini sememangnya akan membuat kawasan gelap jadi cerah tanpa menjejaskan kawasan-kawasan yang lain so memang berbaloi ada feature ini dalam setiap monitor gaming.

racun-tech-benq-zowie-xl2546-black-equalizer
racun-tech-benq-zowie-xl2546-black-equalizer-test

Color Vibrance Dalam BenQ Zowie XL2546

Color Vibrance ini pula akan adjust color setting korang bagi lebih menampakkan true color dalam sebuah monitor sehingga musuh dalam game pun lebih jelas di dalam background. Feature ini, dan dicampurkan dengan Black Equalizer pula akan lebih menampakkan musuh dan background dan macam-macam lagi dengan setting color yang tepat dan jelas. Contoh seperti di bawah ini:

racun-tech-benq-zowie-xl2546-color-vibrance

Advanced Motion Acceleration

Advanced Motion Acceleration atau A.M.A adalah salah satu core function dalam sebuah gaming monitor BenQ. Malah, function ini jugak yang membuatkan monitor BenQ mempunyai latency yang rendah. A.M.A ini yang bertanggungjawab untuk RTC (Response Time Compensation). Jika membolehkan function ini pada gaming monitor ini, maka ianya akan membolehkan lebih banyak voltage kepada liquid crystal dan menghasilkan image dengan lebih laju lagi.

Feature Gaming Monitor Ini

Okay so kita sudah tahu apa main core dan function yang penting dalam monitor ini, so sekarang kita kena tau apa feature lain yang ada pada gaming monitor ini:

Shield

So jika korang dah tengok monitor ini, mesti pelik kenapa ada shield di bahagian tepi monitor ini. Shield ini, yang dikatakan oleh BenQ adalah berfungsi untuk membuat gamers lebih fokus kepada game yang sedang dimain. Selalunya perhatian gamers akan terganggu akibat aktiviti atau apa-apa benda yang sedang berlaku di belakang monitor (sekiranya di tempat yang terbuka)

racun-tech-monitor

Rectangular Base Plate

Kenapa BenQ membuat base plate monitor ini menjadi segi empat tepat? Sebabnya adalah base plate segi empat tepat ini mempunyai kestabilan yang lebih kukuh walau bergegar mana sekali pun (contohnya gamers yang aggresive bila bermain game). Selain itu, gamers jugak, lagi-lagi yang bermain game FPS, selalu menyengetkan keyboard mereka untuk mendapatkan keselesaan yang mereka ingini. So dengan base plate segi empat tepat ini, gamers boleh menyengetkan keyboard mereka untuk keselesaan yang mereka mahukan. 

Height Adjustment System

Height Adjustment System ini membolehkan korang untuk melaraskan display monitor mengikut ketinggian dan pusingan yang korang inginkan. Korang boleh memusing, menaikkan, dan juga boleh pusing display monitor kepada potrait. Pada monitor ini jugak ada indicator untuk korang melaraskan balik kepada posisi seperti biasa balik.

racun-tech-benq-zowie-xl2546-height-adjustment

Kenapa Tidak Membuang Bezel-less?

BenQ sedar akan keinginan orang iaitu kenapa tidak membuat monitor yang bezel-less dan BenQ jugak telah menyediakan jawapan untuk ini. Dikatakan oleh BenQ, kerana diorang tidak membuat Bezel-less adalah seperti dalam galeri seni, setiap hasil seni ada frame di luar hasil seni itu. Hasil daripada frame itu? Ramai yang akan fokus kepada hasil seni tersebut. Maka dengan itu, para gamers akan lebih fokus kepada gaming dengan bezel yang tebal ini.

S-Switch

S-Switch ini merupakan controller untuk OSD (On-Screen Display) kepada monitor tersebut. Dengan controller ini, korang dapat setup profile setting mengikut kesesuaian yang diingini. Tapi apa yang membuatkannya special adalah kelebihnya boleh digunakan pada monitor yang lain (XL2540 dan XL2536) dan korang jugak boleh menggunakan profile setting yang telah korang setup.

Pada controller ini ada 3 butang iaitu 3 profile setting untuk display yang korang boleh simpan. Caranya adalah, setup dulu profile setting untuk display yang diingini, dan tekan lama selama 3 saat pada nombor yang dipilih dan siap!

Personal Review

So Taufiq Racun Tech sudah membuat review tentang gaming monitor ini dan dia memberikan respond yang sangat memberansangkan. Apa kata korang tengok review Taufiq Racun Tech untuk lebih mengenali monitor ini. Pada pendapat sendiri jugak, gaming monitor ini sangat sesuai bagi gamers yang di luar sana nak rasa macam mana main game dalam suasana esport walaupun monitor ini adalah type TN. Monitor ini jugak walaupun sangat padu, mempunyai refresh rate yang tinggi dan smooth, tapi dari segi perwarnaannya agak kurang, lebih-lagi jika korang adalah seorang yang mementingkan warna pada sebuah monitor (penting bagi video editor, photo editor dan graphic design)

Apa korang rasa? Adakah monitor BenQ Zowie XL2546 ini sesuai untuk kegunaan gaming korang? Leave a comment and stay cool, keep it steady and ciao~

See Also: Apa Yang Kita Tahu Tentang Elden Ring Game Awesome FromSoftware, PermaDeath Dan Bermain Sebagai Siapa-Siapa Sahaja Wow!, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: