Korang tau Fallout 76? Game bertemakan post-apocalyptic keluaran Bethesda yang terkenal dengan game Elder Scrolls, Fallout dan sebagainya? Baru-baru ni bro dengar cerita yang Fallout 76 ni akan jadi free-to-play. Betul ke ni????

Okay kalau nak sahkan, kena lah cerita macam mana tersebarnya khabar angin ni dulu kan? Kisahnya bermula daripada seorang Youtuber TheQuartering yang berkata stok Standard Edition Fallout dah tinggal sedikit di website EB Games dan kehabisan stok di Amazon untuk platform console PS4 dan Xbox One. TheQuartering berkata kemungkinan game Fallout 76 akan menjadi free selepas kehabisan dan stok semakin sikit.

Selepas khabar angin ni dah semakin hot di semua social media, seorang player game Fallout 76 yang twitternya bernama xGTExDopey marah dan terus membuat tweet and mention Bethesda mengenai Fallout 76 ni menjadi free dan ingin membuat refund. Bethesda dengan lajunya reply “There is no truth to this rumor“. Tindakan Bethesda dalam membalas tweet xGTExDopey ni betul sebab tindakan ni boleh meredakan kemarahan gamer lain yang telah membeli game ni.

Sayangnya tapi benar, game Fallout 76 ni tak menjadi free dan perlu dibeli untuk main seperti biasa lah. So korang yang ada terdengar dan hype pasal khabar angin ni rasanya dah boleh stop kot sebab khabar angin ni adalah palsu hurms.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: