Beyond Two Souls kembali, kini ke PC!

racun-tech-beyond-two-souls

Telah diumumkan pada awal tahun tentang berita game-game daripada Quantic Dream iaitu Heavy Rain, Beyond Two Souls, dan Detroit: Become Human akan datang ke PC. Heavy Rain merupakan yang pertama keluar iaitu pada bulan lepas dan kini Epic Games Store telah didatangi oleh game seterusnya, Beyond Two Souls.

Selama beberapa tahun menunggu dan gamers dah ramai yang meminta, akhirnya kita dapat menikmati game exclusive PS3 ini buat julung kalinya di PC gais! Bagi mereka yang ingin bermain game exclusive PS3 ini boleh mendapatkannya di Epic Games Store dan bermain sehingga 4K resolution dan pada 60 FPS. Game ini jugak support 21:9 widescreen dan graphic yang telah dinaik taraf.

Kepada mereka yang tak tahu atau tak pernah dengar langsung tentang game ini, maka ini adalah sinopsis game ini:

“Sebuah psychological action thriller yang unik dibawakan oleh pelakon A-list Hollywood Ellen Page dan Willem Dafoe. Beyond Two Souls akan membawa gamers merentasi perjalanan ke seluruh dunia dan gamers akan memegang watak Jodie Holmes. Lahir dengan sambungan kepada sebuah entiti misteri yang mempunyai kuasa luar biasa, Jodie adalah berbeza daripada orang lain. Semua pilihan gamers akan menentukan takdir Jodie kerana dia akan berhadapan dengan halangan yang luar biasa, bahay dan kehilangan yang sangat menyedihkan sepanjang perjalanan untuk mencari kebenaran kepada siapa diri dia yang sebenarnya.”

Beyond Two Souls kini available untuk PS3, PS4 dan PC akhirnya boleh didapati di Epic Games Store. Tetapi soalan terbesar masih berlingkar di pemikiran orang ramai, iaitu bilakah game kegemaran orang, Detroit Become Human akan keluar ke PC? Tapi yang pasti Quantic Dream sudah pastikan ketiga-tiga game mereka akan keluar ke PC. Maka kita hanya perlu tunggu sahaja sehingga game ini keluar nanti gais.

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: