Black Shark Helo hadir dengan RGB!!-Harga bermula dari RM2000 di China

Baru semalam ASUS ROG Phone dilancarkan di Malaysia. Hari ini Xiomi Black Shark Helo yang sebelum ini dianggap juga Black Shark 2, telah dilancarkan di China. Memang tahun ni semua banyak syarikat keluarkan gaming phone kan!

Black Shark Helo ini bukan hanya gaming phone yang mampu dimiliki, di upgrade dengan cip Snapdragon 845. Bukan itu saja, ia dilengkapi dengan sehingga 10B RAM dan space storage sebanyak 256GB, ini adalah peningkatan yang lebih baik dari model sebelum ini. Selain itu, ia mempunyai dua heatpipes untuk menyejukkan Snapdraon 845, untuk memastikan performance yang lebih baik apabila menggunakannya.



Selain itu, ia juga upgrade dengan skrin 6.01 AMOLED dengan perlindungan NTSC 100% dan keupayaan HDR. Telefon ini tidak mempunyai kadar penyegaran yang tinggi seperti ROG Phone dan Razer Phone 2, tapi ia menggunakan motion compensation (MEMC) untuk pengalaman lebih cair. Pembesar suara stereo menghidupkan paparan untuk bunyi stereo yang lebih jelas mendalam.

Seterusnya, paling best ia hadir dengan pencahayaan RGB di sisi phone dan juga di logo!. Kamera belakang 12MP + 20MP juga mempunyai beberapa AI chops dari Xiomi, dengan itu menjanjikan kualiti yang lebih baik daripada model yang pertama.



Black Shark Helo menawarkan tiga variasi iaitu 6GB + 128GB, 8GB + 128GBdan 10GB + 256GB paling tinggi storage nya. Harga untuk setiap variasi berlainan mengikut saiz storage dan bermula dari RM1918 di China dan masih belum disahkan di Malaysia.

*Hihi gaming phone ni takda Air Triggers macam ROG Phone..

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




		
		

[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: