Blair Witch gameplay didedahkan selama 10 minit! Face your fear!

Jangan risau, tak keseorang dengan adanya anjing yang setia menemani korang!

Semasa berlangsungnya sesi E3 untuk Xbox bulan lepas, Bloober Team telah mendedahkan game seram baru oleh pihak mereka. Game ini adalah Blair Witch, yang di mana universe diasaskan oleh filem The Blair Witch Project. Tetapi ramai yang masih tertanya macam mana gameplay game Blair Witch ini sebenarnya dan jangan risau, kita telah mendapat gameplay footage kepada game Blair Witch ini selama 10 minit.

Game ini pasti akan membuatkan ramai gamer, lagi-lagi mereka yang memang mudah takut akan rasa gemuruh, takut dan boleh mendapatkan fobia apabila main game ini.

Lawan hantu Blair Witch dengan sistem Combat? How?

racun-tech-blair-witch-gameplay

Kebiasaannya, dalam game seram tiada combat atau counter measure untuk lawan balik (kecuali macam DreadOut yang mempunyai camera untuk lawan balik hantunya dan game lain-lain) tetapi dalam game Blair Witch ini ada sistem combat! Sistem combat ini adalah feature baru bagi developer Bloober Team dan malangnya combat itu tidak ditunjukkan dalam preview yang ditunjukkan dalam gameplay footage itu.

Apa-apa pun kita hanya perlu tunggu sehingga 30 August iaitu tarikh keluarnya game ini nanti. Blair Witch akan keluar untuk platform PS4, Xbox One dan PC dan jika korang ingin mengetahui lebih lagi tentang game ini, ini adalah keterangannya:

  • Sebuah cerita mengenai manusia yang akan turun ke dalam kegelapan

–  Alami sebuah cerita original yang berdasarkan kepada lagenda Blair Witch daripada developer Bloober Team, yang membuat game Layers of Fear

  • Cari jalan melalui kawasan hutan yang berhantu

–  Cari jalan menerusi hutan yang dikatakan berhantu yang warp dan mengganggu kedua-dua ruang dan masa

  • Kewarasan anda, menentang sumpahan dia

–  Berlawan dengan keseraman Blair Witch dan kewarasan yang makin menurun seorang lelaki yang dihantui oleh masa silamnya

  • Macam mana anda ingin lawan ketakutan anda?

–  Macam mana anda akan bertindak balas dengan bahaya dan berkelakuan saat dilanda tekanan adalah suatu benda yang akan mengajar anda siapa anda dengan lebih mendalam

Korang rasa game ini akan mendapat sambutan hangat atau tidak? Adakah game ini akan bangkit dan mendapat sambutan hangat atau gagal? Tunggu sehingga keluarnya game ini pada 30 August nanti okay gais!

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: