Baik lah guys, untuk korang yang peminat series Diablo, bro ada cerita ni pasal game ni. Okay so dekat Blizzcon 2018 mesti ramai sedih Blizzard takda announce apa-apa pasal Diablo 4 kan? Tapi diorang mengejutkan gamer-gamer dengan spin off Diablo iaitu Diablo Immortal yang akan keluar untuk mobile users.

Malangnya game Diablo Immortal ni cukup tak disukai ramai sebab perminat game daripada Blizzard adalah lebih kepada PC gamers, dan sepatutnya diorang tak patut announce Diablo Immortal di Blizzcon dan peminat-peminat lebih suka kalau Diabl0 4 dikeluarkan. Melalui trailer gameplay Diablo Immortal je peminat dah tak suka sebabkan gameplaynya yang menyerupai Diablo 3.

Tapi sekarang ni tengah gempar dengan gossip pasal Blizzard tengah buat list kerja kosong untuk project yang tak diketahui. Terdapat hampir 20 kerja kosong yang dalam job list kat website diorang. Antara job list yang ada adalah content designer di mana diorang akan tolong dalam design quest, story, dialogue, arena dan banyak lagi dalam projek yang tak diketahui akan datang. Adakah ni kemungkinan pembikinan Diablo 4?

Walaupun mungkin game lain, tapi ada kemungkinan besar jugak diorang akan buat Diablo 4 berdasarkan betapa berjayanya Diablo 3 sebelum ni. Job lists yang dikeluarkan oleh Blizzard semuanya tengah mencari pekerja-pekerja yang berkaitan dengan production game. Walaupun bukan Diablo 4, kemungkinan diorang akan buat game Diablo lain sebab Blizzard pernah berkata diorang ada “multiple Diablo project”. Well mana-mana pun bro harap game Diablo akan datang tak akan menghampakan seperti Diablo Immortal yang keluar untuk Android dan iOS nanti.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: