There is no delivery to Tawau, Kunak and Semporna. Temporary suspension by courier service. Dismiss
Laptop

“1 Shot Demo” Resident Evil 2 Remake?! READY!



Seperti apa yang dikatakan, company Capcom akan keluarkan “1 Shot Demo” Resident Evil 2 Remake pada minggu ni. Kepada sesiapa yang tak tau lagi, Resident Evil 2 Remake ni adalah remake daripada game originalnya iaitu Resident Evil 2 yang dibuat pada tahun 1998 untuk platform Playstation 1.

Atas permintaan ramai, Capcom telah bersetuju untuk membuatkan remake game yang menjadi kegemaran orang ramai dan popular pada tahun 1998 ni. Resident Evil 2 Remake ini adalah bergenre Survival Horror yang membuatkan gamers rasa takut dengan persekitaran dan zombie-zombie yang mengerikan. Game remake ini juga telah dijangka untuk keluar untuk PC, Playstation 4 dan Xbox One pada 25 Januari bulan ni.

Di atas adalah contoh gameplay untuk Resident Evil 2 Remake ni haa, bukan je cara mainnya lain tapi graphic pon serba baru tau, tak nampak macam gamenya sebelum remake ni. System item dia pulak ikut system item Resident Evil 7 .

Oh yeah, kenapa demo game ni dipanggil “1 Shot Demo”? Sebab, bila dah download demo game ni (yang keluar dalam minggu ni) korang boleh je bermain macam biasa, mati pun boleh hidup balik tapi demo ni ada tamat tempohnya. Durasi untuk korang main game ni hanyalah 30 minit tau haa so better korang main betul-betul sebab kalau masa dah sampai 30 minit, demo pon habis dan tak boleh dimainkan lagi and kalau dapat habiskan demo nanti dia ada full trailer clip khas kalau dapat completekan game ni dalam masa 30 minit untuk game ni. Demo ni akan mula keluar pada 11 Januari sehingga 31 Januari so, jangan lupa geng!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!