10 Disember 2018 – 5 Steam games baru yang korang mungkin terlepas.



 

Korang tahu tak, dekat Steam ada game yang baru dikeluarkan. Mesti korang tak perasan kan? Ha, sis share sikit game apa yang baru tu.

Game baru yang dikeluarkan di Steam;

1. Edge of Eternity


Tarikh pelepasan: Disember 6
Developer: Midgar Studio
Harga: $19.99 | RM83.37

Dilancarkan untuk Early Access pada minggu lepas, Edge of Eternity adalah JRPG yang dibangunkan oleh team of nine. Game ini sesuai untuk korang yang berminat pada JRPG yang berasaskan moden dan Midgar Studio yang telah merekrut Yasunori Mitsuda daripada Xenoblade Chronicles dan Chrono Trigger fame untuk compose lagu. Bukan perkara biasa untuk sebuah studio indie menangani JRPG sepenuhnya, dengan pelbagai cabaran dan reka bentuk dunia yang diperlukan. Tapi ini lah hasilnya Edge of Eternity finally dapat juga dikeluarkan di Steam dan ianya berada di kedudukan yang bagus. By the way, game ini baru keluarkan Chapter 1 dan dijangka dilancarkan pada tahun 2020 dengan Steam workshop support.

2. Iris.Fall

Tarikh pelepasan: Disember 7
Developer: NEXT Studios
Harga: $14.99 |  RM62.52

Iris.Fall adalah satu game teka teki yang menarik (dengan perspektif fixed camera) dengan estetik monokrom yang seram. Iris boleh switch antara versi cahaya dan bayangan dalam dunia game, yang mana pemain perlu selesaikan teka-teki.

3. Override: Mech City Brawl

Tarikh pelepasan: Disember 4
Developer: The Balance Inc
Harga: $29.99 | RM125.07

Mech-brawler yang berkonsepkan kartun. Dalam game ni boleh dimainkan secara single-player, multi-player dan online: terdapat 12 mech untuk dipilih dan setiap mech mempunyai skills tersendiri dan tempatnya dibandar berdasarkan lokasi sebenar. Kalau korang nak tahu, bandar-bandar ini boleh dimusnahkan semasa tiffs. Terdapat cooperation mode dan mech customisation. Ini sangat menarik untuk peminat mechs.

4. Battle Princess Madelyn

Tarikh Pelepasan: Disember 6
Developer: Causal Bit Games Inc
Harga: $19.99 | RM83.37

Battle Princess Mandelyn adalah 2D platform yang mempunyai retro style yang berkaitan dengan Ghouls ‘n Ghosts. Game ini di develop dengan kerjasama pengarah kreatif,Christopher Obritsch yang mempunyai art style tersendiri dalam game ni. Apa sis perasan, dalam game ni, ia kelihatan seperti game Super Mario yang menggunakan 8 bit classic style. Game ada arcade mode dan sesuai untuk korang yang berjiwa retro.

Tarikh Pelepasan: December 5
Developer: Two Bits Kid
Harga: $19.99 | RM83.37

Aeons of Sands adalah game yang menarik untuk RPG pertama yang berasaskan grid lama, dengan landskap fantasi dan dungeons.

So, korang bolehla ronda-ronda dekat laman web Steam untuk ketahui labih banyak lagi game yang best-best. Mana tahu ada lagi promosi sempena akhir tahun ni kan? HAHA

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Leave a Comment

Scroll to Top