AAA Games

25 Juta Pemain Dalam Seminggu Dan Tambahan Apa Nanti?


Apex Legends Capai 25 Juta Players!

Wow! Baru je seminggu dan game batte royale terbaru daripada Respawn iaitu Apex Legends dah dapat total seramai 25 juta pemain sedunia! Game yang sama universe dengan Titanfall tetapi memakai style battle royale ni baru saja release seminggu pada 5 Februari dan dah dapat sambutan hangat oleh ramai player.

Well, memang tak terkejut lah sebab game ni pun free-to-play dan cara gameplay dia pun macam Titanfall mix Overwatch dengan characternya yang ada personaliti yang unik dan gameplay yan menarik. Of course lah ramai kan main hehe. Dalam tiga hari pertama game ni di release, Apex Legends mendapat jumlah seramai 10 juta player dan pada hari pertama sahaja dah 2.5 juta. Korang yang baca ni, jangan risau, bro bukan nak cerita pasal jumlah player yang main je tau so jangan kemana-mana continue baca ke bawah okayyyy.

Solo/Duo Mode?

Baru-baru ni dikatakan Apex Legends akan ditambah mode baru iaitu solo dan duo mode di mana mode ni bukan macam mode biasa iaitu 3 player team macam korang selalu main tu. Tapi jangan risau, gameplay macam biasa cuma satu team hanya dua orang atau korang boleh main solo so of course lagi mencabar tapi bro tau korang mesti pro punya so lek je alright?

Mesti best kan kalau main solo atau duo mode ni? Yela baru lah ada challenge sikit bila main Apex Legends ni dengan aksi mencabar dan player pro lagi. Kalau main duo lak bagus sekurang-kurangnya korang boleh focus teamwork dengan seorang je dan macam bro pernah alami, kadang-kadang ada je satu player tu disconnect dalam game aih geram bro tau haa hahahahah.

Update Dan Event Baru Dalam Apex Legends??

Update baru? Of course! Game baru yang best ni mesti lah ada updatenya kan? Sekarang ni dah confirm yang game ni akan ditambah Season 1 yang start pada bulan March. Selain tu jugak, Battle Pass akan bermula dalam Season 1 macam game-game battle royale yang lain. Selain tu dengan dah dekat dah Hari Valentine ni, diorang nak buat loot bertemakan Valentine’s Day. Ha ni yang best ni, tak lama lagi diorang akan tambah Legends atau character baru dalam senarai character-character. Bukan tu je, weapon baru jugak akan ditambah so yeay thanks Respawn!

Untuk event lak, sempena nak masuk Season 1 dalam Apex Legends ni, diorang buat event Twitch Rival Apex Legends Challenge. Event ni melibatkan 48 streamer berlawan antara satu sama lain demi merebut hadiah sebanyak 200,000$ pada 12 dan 19 Februari. Oh yeah, Apex Legends jugak akan start Rank Battle bila dah tiba Season 1 nanti.

Sekian itu sahaja tentang apa yang ada untuk Apex Legends dan perancangannya pada masa akan datang. So tunggu apa lagi guys? Main lah hahaha goodluck guys and be the winner!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST