3 Tips Untuk Memilih Komponen PC Yang Sesuai

Sebelum berbelanja ribuan ringgit untuk membeli PC gaming idaman anda, adalah kami syorkan supaya membuat kajian terlebih dahulu untuk memilih komponen PC yang sesuai dengan kegunaan anda.

Memilih komponen PC yang sesuai adalah penting supaya kita dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti tersalah membeli processor yang tidak dapat menampung kekuatan graphic card dan akhirnya menyebabkan bottleneck.

Memilih Komponen PC Yang Sesuai
Memilih Komponen PC Yang Sesuai

So pada article kali ini, saya akan berkongsi 3 tips untuk memilih komponen PC yang sesuai.

Tips #1 – Menentukan Kegunaan PC

Semasa kita membeli PC, semestinya kita akan ada tujuan atau niat, kenapa kita nak membeli PC. Ada yang beli PC adalah untuk kegunaan gaming semata-mata, ada yang nak bina PC untuk kegunaan pejabat, ada juga yang nak buat PC untuk kegunaan video editing dan rendering, dan jangan terkejut ada juga yang beli PC untuk kegunaan lain seperti music composing, 3D creation, dan topography.

Adalah penting untuk mengetahui tujuan sebelum memilih komponen PC yang sesuai untuk mengelakkan kita daripada overspend, atau terbeli komponen yang salah.

PC yang basic adalah untuk kegunaan pejabat, dimana PC sebegini tidak memerlukan processor dan RAM yang kuat. Ini adalah kerana, kebiasaannya, PC untuk pejabat menggunakan software-software yang ringan seperti Microsoft Words, Excel, Power Point, dan lain-lain. Dan yang paling penting, PC untuk pejabat tidak menggunakan graphic card, kerana tidak melibatkan pemprosessan grafik.

Untuk gaming pula, selain memerlukan processor dan RAM yang mencukupi untuk kegunaan games yang kita main, pemilihan graphic card juga adalah penting. Untuk PC gaming yang basic, Ryzen 3 2200G adalah diperlukan untuk processor, 16 GB RAM untuk keselesaan, dan graphic card serendah GTX1650 4GB atau RX 570 4GB adalah diperlukan untuk performance in-game graphic yang berpatutan.

Untuk memilih komponen PC yang sesuai dengan kegunaan streaming, video editing, dan video rendering, pengguna adalah dinasihatkan untuk memilih processor yang kuat serendah Ryzen 5 2600 untuk kegunaan multi-tasking dan menambahkan kelajuan rendering.

Memilih Komponen PC Yang Sesuai
Memilih Komponen PC Yang Sesuai

Tips #2 – Menentukan Bajet

Perkara yang kedua penting sebelum memilih komponen PC yang sesuai adalah dengan menentukan bajet. Bajet yang tepat, membantu anda untuk membuat financial planning, dan bagi mereka yang ingin membeli PC pada masa akan datang, akan memberikan gambaran berapa wang yang anda perlu simpan sebulan untuk mendapatkan PC idaman.

Di sini saya akan share anggaran harga semasa untuk PC dengan setiap kegunaan (PC tower sahaja).

PC untuk kegunaan pejabat – bermula dengan RM1,000
PC untuk kegunaan gaming sahaja – bermula dengan RM1,699
PC untuk kegunaan gaming, streaming & video editing – bermula dengan RM2,499

Mengikut guideliness di atas, kami ingin menegaskan di mana, anda tidak digalakkan untuk membeli PC di bawah bajet ini adalah kerana performance mungkin tidak akan memuaskan.

Memilih Komponen PC Yang Sesuai
Memilih Komponen PC Yang Sesuai

Tips # 3 – Kosmetik

YES! RGB!

Memang tak dinafikan, ada yang mementingkan kecantikan, dan iainya adalah normal. Sebab manusia memang sukakan kecantikan. So dalam Memilih Komponen PC Yang Sesuai kosmetik merupakan antara merupakan salah satu faktor memilih komponen PC.

Antara komponen-komponen PC yang anda perlu invest untuk menambahkan kosmetik PC anda adalah RGB casing fan, RGB RAM, All-in-One watercooling system, graphic cards yang mempunyai lampu-lampu RGB, LED Strips, and paling hard core sekali adalah investment kepada custom watercooling

Memilih Komponen PC Yang Sesuai
Memilih Komponen PC Yang Sesuai

So itu daripada saya, saya berharap tips yang saya share-kan ini adalah berguna sebelum anda membeli PC dan Memilih Komponen PC Yang Sesuai, dan jika anda ada tambahan atau cadangan, feel free to comment in the comment section below. Terima kasih 🙂

Leave a Comment

Scroll to Top