Internet

Windows 10 Merampas 7GB Storage Space Dalam Update Terbaru!!



Alamak, sejak Microsoft telah komited nak update Windows 10 dua kali setahun, dan nak buat pelancaran lagi smooth, Microsoft akan membuat update Windows terbaru yang akan claim 7GB daripada storage space. Yes, tu agak besar tu kan? Bro pun terkejut dengar berita ni tau.

“Gol kami adalah untuk memastikan fungsi harian PC anda dengan memastikan fungsi critical OS sentiasa ada access kepada disk space. Tanpa storage simpanan, kalau user hampir memenuhkan storage space, beberapa Windows 10 dan aplikasinya akan tidak berfungsiMicrosoft menjelaskan dalam satu blog post. “Windows dan aplikasinya tak akan berjalan dengan lancar jika ia memerlukan free space untuk berfungsi. Dengan adanya storage simpanan, update, apps, file sementara dan cache akan kurang berkemungkinan untuk mengambil ruang yang tak sepatutnya dan boleh beroperasi macam biasa dalam PC korang.

Gambar menunjukkan update Windows 10 baru akan mengambil 7GB storage space

Microsoft melakukan update Windows ni kerana kebiaasan pengguna PC atau laptop selalu dapat masalah kurang storage untuk update Windows diorang kepada latest punya version. So, dengan update ni, pengguna takkan mengalami masalah kekurangan storage untuk buat update terbaru. Untuk sesetengah pengguna, update Windows baru ni akan menghalang pengguna daripada baca error mesej  yang berkaitan dengan storage PC bila nak update Windows. So senang lah nanti korang takda lah selalu tengok ayat error tu kan.

Tetapi sayangnya pengguna tak boleh disable feature ni lagi-lagi pengguna PC yang guna disk storage yang sikit kan? Walaupun dinyatakan update baru ni akan bermula ambil 7GB storage space, tetapi mungkin ia akan claim lebih atau kurang daripada 7GB tu. Pengguna juga boleh je kurangkan Windows claim storage space dengan uninstall optional features dan bahasa tambahan dalam system PC korang. Hurm nampaknya bro terpaksa tapi relakan lah pemergian 7GB daripada storage space demi future updates ni ye huhu.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST