Gaming



Mesti korang dah tahukan yang ADATA XPG antara storage terlaju dan MURAH untuk gaming. So, ADATA dah officialy keluarkan satu produk gaming untuk phone dalam bentuk SD Card. Untuk SD card ni, diaorang offer storage yang bersaiz 128 GB, 256 GB dan 512 GB.

Ciri yang paling sis teruja sekali adalah standard App Performance Class 1, yang mana ia akan memastikan performance dari segi kelajuan read and write. ADATA XPG Gaming MicroSD card ini juga mempunyai kelajuan sebanyak 100 MB/s untuk read 85 MB/s untuk write. Kad ini juga mematuhi syarat-syarat Video Speed Class v30 yang akan menjamin pengguna dengan sekurang-kurangnya 30 MB/s kelajuan write.

Dengan memenuhi standard A1, kad ini provide performance dengan sekurang-kurangnya 1500 read IPS dan juga 500 random write IOPS yang minimum. Seterusnya, ia mempunyai juga suhu yang boleh beroperasi dalam linkungan dari -25ºC ke 85ºC . Ini sesuai untuk gamers yang menggunakannya dalam keadaan harsh seperti photographer.

Antara spec ADATA XPG Gaming MicroSD Card;

  • Capacity: 512 GB, 256 GB, 128 GB
  • Sequential Read Speed: 100 MB/s
  • Sequential Write Speed: 85 MB/s
  • Minimum Write Speed: 30 MB/s
  • Minimum Randon Read Speed: 1,500 IOPS
  • Minimum Random Write Speed: 500 IOPS
  • Operating Temperatures:  -25° to 85° C (-13°F to 185°F)
  • Interface: UHS-I
  • Voltage: 2.7V to 3.6V
  • Availability: Q4 2018
  • Speed Class: A1, V30, UHS-I U3

SD Card ini target untuk gamers yang main gunakan phone, pengguna Nintendo Switch, standalone VR headsets serta device lain yang berkebolehan menggunakan MicroSD untuk dapatkan performance yang bagus. Kad SD ini dijangka akan dikeluarkan pada Q4 2018 dan harganya akan diumumkan kemudian.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST