AMD Ryzen 3000 Mobile- Processor yang mempunyai prestasi 18% lebih baik dari generasi dulu!



Bukan PC je ada processor yang power, dekat mudah alih (laptop) pun ada juga tau. Terkini, generasi kedua processor AMD Ryzen Mobile baru je didedahkan. APU generasi kedua ini diberi nama Picasso, tapi ia masih berdasarkan seni bina Raven Ridge generasi yang lama. Kalau korang nakkan processor yang boleh mainkan game tanpa GPU, APU ni sangat sesuai.

APU kali ini dijangkakan dapat memberikan prestasi dan kecekapan yang lebih baik daripada processor mobile Ryzen 2000. Oleh itu, ia boleh diandaikan bahawa AMD akan menggunakan proses 12FM FinFET TSMC untuk APU Mobile Ryzen baru.

Bercerita mengenai prestasi yang lebih baik, Ryzen 5 3500U telah di lihat menjadi sekitar 18% lebih cepat daripada Ryzen 5 2500U di Geekbench. Walaupun begitu, ia still agak slow daripada Intel Core i7 8550U yang mana ia aladah cip kuasa ultra rendah. Itu yang dijangkakan, AMD akan ada clock speed.

Bukan  Ryzen 5 3500U, tapi ada juga Ryzen 3 3300 dan Ryzen 3 3200U yang ada dalam GeekBench. Semua design ni kemungkinan ada cache 4MB dan Radeon Vega Grafik, cumanya tak tahu lagi sama ada AMD akan letak upgrade lebih banyak CU ke generasi baru processor ni untuk meningkatkan prestasi GPU atau tak. Harapnya generasi processor mobile baru ini banyak beza dengan yang first processor lah.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.






Leave a Comment

Scroll to Top