AAA Games

Antara Part Paling Seram Dalam RE2 Remake



Spoiler Waning ye guys! Okay so korang mesti dah ada yang dah main RE2 Remake kan? Apa rasa? Seram tak? Tapi mesti best punya kan main sampai habis satu game terus. So, bro nak bagitau experience bro dah settle semua campaign dalam game ni. Bagi bro, memang kita akan lawan zombie, dan MR. X yang popular tu dan jugak William Birkin yang dah jadi mutated zombie.

Tapi part mana yang bro rasa seram giler dalam game ni? Haa ni yang bro nak cerita kat korang ni. Apa? Mr. X dan Lickers yang paling seram? Memang seram, tapi tak close dengan jawapan bro, walaupun diorang kuat and Mr. X pulak susah nak mati, tapi bukan diorang. William Birkin? Nope. Zombie dan sewaktu dengannya? Pun bukan jugak.

Jawapan bro adalah part paling seram masa main game ni adalah part kita main sebagai Sherry dalam campaign Claire. Kenapa bro pilih tu? Okay korang bayangkan eh, korang pakai Leon atau Claire atau character lain dalam RE2 tu mesti ada senjata kan? Bila korang lawan zombie, Mr. X, Lickers, dan sebagainya, korang mesti takut mula-mula tapi lama-lama confirm biasa. Tapi bayangkan Sherry yang takda sebarang senjata dan masih budak-budak lagi? Pergh memang bro cakap bro pun hampir nak suruh orang lain main.

Selepas Claire dah kene tangkap, korang akan main sebagai Sherry Birkin iaitu anak William Birkin. Masa ni lah antara part paling seram jadi yang buat bro takut huhu. Bila jadi Sherry, korang masih budak kecik yang tak berdaya nak buat apa-apa and senjata pon takda so bayangkan korang tak boleh nak defend diri sendiri. That’s not all guys, korang jugak dikejar oleh Chief Irons, polis yang dah corrupted dan buat beberapa eksperimen dekat budak-budak dari rumah anak yatim.

Dengan tempat yang sempit, dan takda senjata, korang kena kejar dengan Chief Irons yang muka separuh dah cair kena acid dan korang hanya boleh sembunyi je. Bro ni, seorang yang bayangkan macam mana rasanya jadi watak tu so bro memang takut giler weh main hahaha. Tapi lepas dah lari, korang akan diselamatkan oleh ayah Sherry iaitu William dan bunuh Chief Irons tu. Tapi memang serious bro cakap ni lah antara part paling seram masa bro main game ni XD. Gudluck in your gaming guys and stay safe!
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST