AAA Games

Anthem: Macam Mana Anthem Jadi Teruk



Anthem: Macam Mana Anthem Jadi Teruk

racun-tech-anthem

Okay gais, ni adalah article yang panjang, dan sebagai para gamers yang sejati, korang kena tau benda ni dan kalau korang nak version yang yang pendek, E-jam akan buat conclusion dekat bawah so skip terus ke bawah okay. Ni sebab E-jam akan cerita secara detail apa yang terjadi dan macam mana Anthem jadi game yang teruk.

Nama Asal Anthem

Ni bukan criticism atau apa tapi ni adalah kebenaran kepada apa yang jadi kepada Anthem dan dalam studio Bioware dan publisher diorang iaitu Electronic Arts (EA). So ceritanya start dari tahun 2017 lagi, team developer Bioware nak buat satu game yang dinamakan sebagai Beyond. Reason namanya Beyond adalah sebab game ni mengharapkan “Korang akan pergi BEYOND dari fort korang dan explore alam di sekeliling korang. Studio Bioware sendiri dah print out T-shirt baju Beyond sebab dah confirm dengan nama tu.

Tapi disebabkan isu trademark yang susah lah apa lah, EA suruh tukar nama game tu kepada Anthem. Macam tak kena je kan? Orang dalam studio Bioware sendiri cakap “Apa kaitan nama ni dengan game ni?” sampai semua orang dalam studio hairan dengan nama game ni tapi diorang pun telan je lah dulu nama baru ni. Dah buat itu ini, diorang pun fikir lah reason kepada nama Anthem iaitu “Anthem of Creation, satu tenaga kuat dan mysterious, telah menyelubungi planet tu (game)”.

racun-tech-bioware-employee

Focus Pada 3 Game Secara Serentak 

Pada awal 2013 sebelum nama Beyond pulak, nama game ni hanyalah Dylan. Ada satu team yang ditugaskan untuk buat satu IP baru untuk company dan game tu adalah Dylan (Anthem). Diorang nak buat game yang dikatakan akan dimainkan selama bertahun-tahun dan diingati untuk masa yang lama. Sayangnya, production untuk game ni perlahan sebab masa 2012-2013 ni adalah masa untuk game Dragon Age Inquisition dan kebanyakan staf diutamakan kepada production game tu.

So,  game Anthem dah keluar tahun ni, tapi korang pun dah tau kan macam mana? Game yang teruk, server down, banyak loot rosak dan sebagainya. Game ni jugak dapat rating dengan score sebanyak 59 di Metacritic. So macam mana game ni boleh jadi teruk sangat macam sekarang ni? But ingat eh ni hanyalah pandangan daripada semua gamers dan journalist di luar sana di mana diorang study sendiri dan bertanya pada pekerja Bioware.

racun-tech-ea-office

Technical Failure

So antara masalah yang utama adalah daripada segi technical failure. Bioware pada mulanya nak buat game ni pakai engine lain tapi diorang dikatakan terpaksa memakai EA punya engine iaitu Frostbite. Untuk korang yang tak tau, engine Frostbite ni lah yang dipakai untuk buat game Battlefield series. Masa ni lah problem dah start dah. Korang tau kan game Battlefield macam mana? Game Battlefield adalah First Person Shooter dan Anthem pulak adalah Third Person.

Dekat situ je diorang dah kena buat daripada mula balik dan kena adjust kepada Third Person menggunakan engine Frostbite tu. Bukan tu je, engine Frostbite ni ada banyak limit dia dan untuk game Anthem flourish (subur), diorang kena break the limit tu tapi mesti lah end up glitchy dan sebagainya. Satu developer sendiri cakap “Susah nak buat game. Susah betul nak buat game di mana korang terpaksa melawan dengan tool set korang untuk buat game tu.”.

Leadership Yang Tak Bagus

So, kedua pulak adalah dari segi leadership. Okay kenapa game ni lama sangat nak siap padahal dah announced masa 2017 macam tu? Mesti korang ingat game ni keluar tahun lepas kan? Well ada sebabnya, dan sebabnya adalah game ni ada system leadership yang runtuh. Satu keputusan yang dibuat boleh ambil masa selama seminggu atau sebulan baru boleh berjalan. Korang ada tertanya tak macam mana game developers dekat Bioware rasa masa diorang buat game ni? Ada pekerja yang stress sangat sampai sanggup cari bilik kosong semata-mata untuk nangis tau.

Ramai jugak veteran developers yang dah keluar daripada Bioware sebab stress dengan project IP Anthem ni dan game production pun slow sampaikan 7 tahun tertangguh dan dalam masa 18 bulan terakhir (daripada tarikh release game ni) baru start production. Nampak tak sebab apa game tu banyak isu? 18 bulan je beb untuk siapkan sebab EA dah tak bagi tangguh masa kepada Bioware so diorang pun siapkan dengan cepat.

racun-tech-bioware-ceo

Dekat Bioware, ada satu ayat yang dikatakan sebagai panduan atau semangat kepada ahli pekerja-pekerja diorang iaitu “Bioware Magic“. Bioware Magic ni maksudnya susah mana pun buat game ni atau banyak masalah mana pun, game ni pasti membuahkan hasil yang ramai akan suka dengan game ni.

Contohnya game diorang iaitu Dragon Age Inquisition yang pada mulanya ramai tak suka but end up dapat award game of the year. So diorang pun berpegang pada ayat tu lah dan teruskan kerja. Tapi sejak diorang release game Mass Effect Andromeda, diorang rasa ayat tu dah macam tak boleh pakai atau dah tak percaya dah. Sekarang dengan development game Anthem, diorang pun dah tak percaya dah pada ayat tu langsung.

racun-tech-bioware-logo

Pekerja Sendiri Tak Faham Apa Yang Ingin Dicapai

Satu benda yang korang kena tau pasal game ni dan developer dia adalah pekerja-pekerja Bioware sendiri tak faham, “Ni game apa sebenarnya?“. Yes, game developer Bioware sendiri tak faham game ni apa sebenarnya, apa tujuannya, apa yang publisher nak dan sebagainya. Dengan system loot bagai, micro transaction apa semua tu, diorang sendiri dah tak nampak dah tujuan asal game ni. Diorang ada jugak tunjuk game ni kepada Patrick Soderlund dan kena reject dan perlukan penambahan seperti terbang dan betulkan graphics.

racun-tech-patrick-soderlund

Hadapi Masalah Dengan Engine Frostbite

So summary atau ringkasan untuk semua ni senang je, masalah yang Bioware hadapi adalah engine Frostbite ni penuh dengan masalah dalam buat game Anthem ni. Kedua, leadership runtuh dan buat keputusan secara terburu-buru. Ketiga, diorang buat kena focused kepada dua game iaitu Mass Effect Andromeda dan Anthem yang di mana kedua-duanya buat sakit kepala untuk game developers Bioware. Keempat, diorang banyak kali terpaksa buat dari mula balik disebabkan technical failure tu jugak.

racun-tech-bioware-game-making

Conclusion

So gais, kalau korang rasa Anthem ni teruk sangat, korang kena tau jugak behind the scene dia, susah sangat untuk developers buat game tu disebabkan banyak benda. E-jam bukan apa lah, tapi serious bukan senang nak buat game kalau banyak masalah timbul. Bukan tu je, tapi E-jam tak menyebelahi pihak mana-mana pun samada EA atau Bioware sebab kedua-duanya ada masalahnya tersendiri.

Buat game sepatutnya adalah satu experience yang best dan ia jadi best lagi bila dapat tau game korang tu disukai ramai betul? E-jam berharap sangat diorang perbaiki apa yang salah dan berharap sangat game selepas ni adalah game yang boleh bawa diorang jauh lagi dalam dunia gaming ni. Itu saja, kalau korang ada pendapat leave a comment okay? Keep it cool and ciao~


Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST