Anti-Vaksin Akan Ditambah ke Plague Inc



Plague Inc: Evolved, game simulasi yang memberikan player kuasa untuk menyebarkan penyakit mereka tersendiri akan mendapat update kepada sistem mereka. Faktor penambahan ini adalah daripada petition di Change.org.

 

Ndemic Creations telah mengetahui tentang petition tersebut seminggu yang lalu, tentang keinginan para player Plague Inc supaya developer menambah golongan anti-vaksin (atau anti-vaxxers). Dalam game tersebut, pathogen atau penyakit yang anda hasilkan akan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Pathogen itu akan bergantung tahap bahayanya berdasarkan ciri tersebut. Sepanjgan game itu, ia akan sentiasa menjadi lebih kuat lama-kelamaan. Namun, musuh utama pathogen anda, iaitu manusia dalam game itu, akan mula mengambil pelbagai cara untuk mengelak penyakit tersebar. Memberi ubat, menutup lapangan terbang antara contohnya. Dengan adanya anti-vaxxers, anda mempunyai cara yang baru untuk menyebarkan penyakit.

Daripada memberi buff, Ndemic berkata mereka akan menambah senario anti-vaxxer sekiranya petition itu mendapat lebih daripada 10,000. Sekarang ini dah ada 20,000 tandatangan.

Game Plague Inc: Evolved adalah suatu game yang mempunyai konsep yang unik. Ia memberi manfaat yang baru kepada pemainnya. Antaranya, ia mampu memberi kesedaran tentang bahayanya jika sesuatu penyakit tidak dihindari. Ia juga memberi pengetahuan tentang cara untuk menghindari penyakit. Tambahan pula, player akan lebih mengetahui tentang bagaimana sesuatu pathogen boleh merebak. Ia adalah Mata Pelajaran Sains versi fun!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top