Apa lagi ciri yang ditambah dalam PUBG Mobile selain maps Vikendi??




Tarikh PUBG Mobile Update baru telah disahkan tarikh release-nya iaitu pada minggu ini, 21 Disember 2018. Seperti yang korang tahu, update baru kali ini telah dihadirkan dengan maps Vikendi, musim salji. Sebelum ini, ia telah di release di PC terlebih dahulu, dan feedback daripada pemain PC mengatakan ia sangat best dan cantik!

Tapi sekarang, sis tahu pemain PUBG Mobile tak sabar nak merasa maps Vikendi pula kan? Kini PUBG Mobile update akan hadir untuk Android dan iOS. 


So, apa ciri lain yang ada selain maps Vikendi? ;

  • Pemain dah tak perlu memilih second language untuk matchmaking dan chat.
  • Support bahasa Arab
  • Pemain boleh buat report kalau ada something yang mencurigakan ke atas player lain selepas mayi dalam match.
  • Ada command baru iaitu ‘Quick Chat’
  • Boleh upgrade Weapon Finish dalam Mobile- Lucky Treasure
  • Ada Snow Theme dekat main menu
  • Snow fight ada dalam Spawn Island
  • Dekat Erangel Spawn Island boleh letak Display pemenang ‘Crew Challenge’

Kita tunggu je Jumaat ni dan kalau korang dah boleh download or update, terus je update okay? Oh ya, sebelum sis lupa, mungkin update baru ini akan memakan storage 1.5GB hingga 2.1GB. Memang berat tapi yang penting ianya menarik dan korang ready je la clearkan mana apps yang tak patut guna tu. Hihi

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Leave a Comment

Scroll to Top