Apa?? Rainbow Six Siege boleh dimain secara percuma?!



Permainan Rainbow Six Siege yang ditewaskan oleh Fornite dalam pencalonan ‘Esport Terbaik’ di Game Awards, memberitahu yang permainan telah membuat ‘Free Weekend’ yang boleh dimainkan secara percuma dan ia memberikan akses penuh kepada semua maps dan 20 operator yang asal.

Inilah peluang untuk korang bermain bersama geng korang!

Kebiasaannya, selepas korang main yang percuma ni, ia membuatkan korang akan rasa nak membeli untuk main di pada masa lain. Dan jangan risau, korang punya progress akan disimpan. Ubisoft memberitahu bahawa edisi Rainbow Six Siege akan dijual semasa Free Weekend sehingga 70%, tapi bergantung kepada SKU dan platform yang digunakan. Harga jualan ini available sehingga 30 November.

Jika korang suka pemainan yang jenis tembak-menembak dalam permainan video, korang patut mencubanya.  Free Weekend Rainbow Six Siege bermula pada 15 November sehingga 18 November. Permainan ini dibuat secara percuma sempena Pro League Finals yang akan berlangsung pada weekend ini dan melihat sepenuhnya pendedahan maps dan operator baru yang akan datang dalam Operation Wind Bastion. Jangan lupa try tau!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top