AAA Games

Apa Yang Kita Tahu Tentang Elden Ring Game Awesome FromSoftware

racun-tech-elden-ring

Game Terbaru FromSoftware Bersama George R.R Martin Ni Lebih Kepada Dark Souls Berbanding Sekiro

So gais apakah sudah korang tengok trailer yang dikeluarkan oleh FromSoftware iaitu trailer Elden Ring? Seperti yang pernah diceritakan sebelum ni, FromSoftware director Hidetaka Miyazaki telah bekerjasama dengan George R.R. Martin untuk membuat satu game yang berkaitan ataupun seperti dunia ciptaan George R.R Martin iaitu Game Of Thrones. Di E3 pulak telah dipersembahkan debut preview trailer untuk game oleh FromSoftware ni.

Tak banyak yang kita dapat ketahui pasal game ni melalui trailer ni (seperti yang korang tengok lah). Dalam trailer tu menunjukkan beberapa character yang kita tak pasti samada ianya non-playable character (NPC) ataupun diorang adalah big boss yang kita akan lawan nanti. Nampaknya diorang semua macam sedih disebabkan satu benda dipanggil Elden Ring yang telah pecah oleh sesuatu atau seseorang.

Apa Setting Yang Dibuat Untuk Elden Ring?

racun-tech-elden-ring-game-apa-yang-kita-tahu

So kembali kepada behind the scene game ni, game ni seperti yang korang tau adalah masterpiece Hidetaka Miyazaki, director FromSoftware dan penulis buku terkenal A Song of Ice and Fire (Game Of Thrones) iaitu George R.R Martin. Kalau dah nama pun George R.R Martin, kita boleh agak dunia game ni memang akan ada lore atau jalan cerita yang depressing ataupun kemurungan macam tu lah. Tak lupa jugak dunia game ni dibuat oleh studio FromSoftware dan idea daripada Hidetaka Miyazaki jugak so memang banyak kejutan menanti korang dan enemy yang sangat-sangat susah untuk korang.

Setting untuk game ni kita tak pasti lagi tapi melalui apa yang kita nampak, boleh kata game ni macam mengikut Norse punya style? Tapi apa yang boleh dikatakan adalah game ni merupakan game paling besar FromSoftware buat mengikut kebesaran in-depth game tu. Game ni seperti yang pernah diceritakan dulu, merupakan sebuah open world game. Tak seperti game Dark Souls yang korang memang boleh explore tapi dipisahkan melalui beberapa pintu dan loading screens, game ni menawarkan setting open world yang sangat besar untuk korang explore. 

Gameplay Elden Ring?

racun-tech-elden-ring-fromsoftware-apa-yang-kita-tahu

Gameplay untuk game ni pulak masih tidak diketahui tapi kalau kita megikut recipe biasa FromSoftware, memang akan brutal jugak game ni jadinya. Menurut apa yang dikatakan oleh director FromSoftware tu, game ni merupakan bergenre Action RPG tapi lebih memfokuskan kepada element RPG. Jadi game ni akan ada element-element seperti Dark Souls dan Sekiro pada masa yang sama. Dikatakan game ni takkan ada main protagonist seperti Sekiro yang ada nama dan akan ikut macam gaya Dark Souls iaitu membuat character pada permulaan game.

Untuk pengetahuan korang (fun fact) Hidetaka Miyazaki ingin buat game ni bersama George R.R Martin sebab dia suka sangat dengan buku A Song of Ice and Fire dan sampai ke tahap menggelarkan diri dia “peminat besar”. So uhh itu sahaja dan stay cool dan ciao gais.

See Also: Death Stranding Sudah Keluar Trailer dan Release Date!, Huawei Banned Daripada Menggunakan Service Google Play, Peminat Lebih Menyukai Call Of Duty: Modern Warfare Berbanding Yang Lain, Tips Membeli Gaming Mouse Yang Awesome!,Call Of Duty: Modern Warfare Trailer/ Akan Tiba 25 November!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!