Assassin’s Creed Unity Free Download Selama Seminggu
Assassin’s Creed Unity Available untuk download dan dimiliki selamanya for free?? Biar betul beb? Iyes, memang betul tu gais, tapi ada sebabnya kenapa game daripada Ubisoft ni jadi free. Koran tau tak Notre Dame? Notre Dame adalah sebuah gereja besar yang berada di Paris, dan baru-baru ni Notre Dame, salah satu bangunan iconic di Paris selama 800 tahun tu dah terbakar.
Setakat ni masih tak tau punca kebakaran macam mana, tapi ramai yang sedih dengan insiden ni. Begitu juga dengan Ubisoft dan disebabkan ingin tolong, Ubisoft telah derma sebanyak 500,000 Euro (RM2,337,134.33). Bukan tu je, demi menghormati dengan kebakaran bangunan iconic Paris ni, Ubisoft membuat Assassin’s Creed Unity free untuk di download selama seminggu ni.
Sebab Kepada Kenapa Game Ni Free
Pasal apa diorang bagi game ni secara free adalah, dalam game Assassin’s Creed Unity, game ni memang berlatarkan di Paris. So bangunan iconic Notre Dame ni memang masuk dalam game ni dan menjadi bangunan yang cantik di mata player. Diorang sendiri kata diorang terikat dengan bangunan ni sebab daripada game developers membuat balik bangunan ni memang susah tapi sangat berbaloi.
Untuk korang yang tertanya, bukan free trial selama seminggu tau tapi memang free selamanya cuma dalam masa seminggu ni je masa untuk korang download game ni. So, kalau korang nak main game Assassin’s Creed Unity secara percuma, korang boleh lah pergi ke Uplay, atau terus kepada laman web Ubisoft Store download game ni okay? Yang pasti game free kot, siapa yang taknak kan? Hahaha walaupun gam ni mixed review tapi dikatakan bandar dan atmosphere game ni sangat menawan so cuba gais!
Keep it steady and Au revoir~
Sumber: PCGamer
Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)
Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)
RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam