ASUS ROG Mothership Adalah Microsoft Surface Pro Versi Lebih Padu Weh!



Okay so, baru-baru ni ASUS akan keluarkan laptop baru iaitu iaitu ROG Mothership. Yessss nama pun dah gah apatah lagi laptop dia weh. ASUS akan pamerkan laptop ni dekat CES (Consumer Electronics Show) 2019.

Laptop Mothership ni dikatakan lebih OP (overpowered) berbanding Microsoft Surface Pro. Anggap je la Mothership macam Microsoft Surface Pro tapi lebih better dan lebih fokus kepada gaming. Macam hmmmm macam kapal battleship yang besar lawan dengan kapal battleship yang kecil sikit haa gitu. Oh yeah, ROG Mothership ni jugak ada RGB lighting pada keyboard dan monitor dan juga, keyboard yang boleh dipisahkan. Kenapa sampai macam tu sekali? Well kalau kita tengok pro gamer, diorang main game kat PC manada keyboard letak straight macam tu je kan?

Bukan nak burukkan mana-mana product, dua-dua mempunyai spec yang agak tinggi tetapi ROG Mothership ni akan lebih fokus dengan gaming kerana specnya yang cun la weh. Spec yang dipakai oleh ROG Mothership ni adalah GPU baru Nvidia RTX GPU (dengan 8GB VRAM), 17.3-inch 144Hz G-sync display (dengan 3ms response time), dan six-core Intel core i9-8950HK CPU. Tak cukup lagi? Haa takpe ROG Mothership ni boleh dinaikkan specnya kepada 64GB RAM dan tiga 512GB PCIe SSDs. Fulamak, betul-betul hardcore punya spec ni, dah macam bawak gaming PC jalan-jalan ke mana-mana je ni.

Laptop terbaru ASUS ROG Mothership ni belum keluar lagi tetapi memang daripada specnya kita dah tau dah memang kaw kaw punya laptop ni. So, siapa-siapa yang rasa nak bawak gaming PC jalan-jalan haa ni memang yang terbaik dan bro amat syorkan.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!