AAA Games

Ban PUBG Di Malaysia Pulak??




Hai gais! Berita baru mengenai PUBG untuk korang! Haha. Sebelum ni kita tahu, negara India telah banned game PUBG dan kali ini Malaysia pula nak ban game tersebut. Ini semua berlaku selepas peristiwa yang berlaku di Christchurch, New Zealand. Seperti yang korang tau, baru-baru ni ada kejadian yang menimpa kepada para orang Muslim yang bersolat di Masjid Al-Noor di Christchurch Jumaat, 15 March yang lalu.

Ramai yang mengatakan si penembak tu merekod perbuatan kejamnya seolah-olah dia membunuh orang macam dalam game PUBG. So daripada situ ramai yang beranggapan PUBG atau PUBG Mobile ni membuatkan orang hilang moral, makin mengganas dan akan mendapat sifat-sifat violence dan sebagainya lah yang membuatkan seseorang itu ganas. Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, daripada Bukit Aman Special Branch’s Counterterrorism Division, mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, segera pantau dan mengawal game yang berunsur peperangan. Sebab dia adalah gamer akan terpengaruh dengan keganasan game dan berkemungkinan akan mengikut dalam perbuatan keganasan.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad pun sama menghubungkaitkan kaitan antara game dengan keganasan. Katanya game yang berbentuk peperangan ni akan membuang sifat simpati, kasih sayang, dan sifat mengambil berat daripada remaja zaman sekarang. Dengan itu, dia jugak bersetuju dan berasa patut game-game berunsur perang ni di ban demi kebaikan semua Muslim.

Tapi menurut kata Syed Saddiq, game bukan punca yang membawa kepada tindakan keganasan. Sebelum keluarnya PUBG pun, memang masih wujud aktiviti-aktiviti keganasan. Hmm, E-jam suka main game robot-robot so tu kira salah ke? Betul ke tak lama lagi PUBG kene ban? Korang rasa patut ke PUBG kena ban? Ciao gais~

P/s: Servis computer yang terbaik? Barangan PC yang cambest? Call je terus team Racuntech untuk bantu anda.



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!