Banyak aduan update Windows 10 Okt-Hilang semua data!

Buat kali kedua, Microsoft telah melancarkan Windows 10 update (update Oktober 2018/Redstone 5) dan banyak menerima aduan dari pengguna selepas update Windows 10. Masalah yang paling banyak pengguna membuat aduan adalah semua data mereka hilang selepas update Oktober ini.

Salah seorang pengguna membuat aduan yang dia sudah lama menggunakan produk Microsoft dan tidak pernah pula bila update Windows 10 hilang semua data. Tapi kali ini pada Oktober (Redstone 5), selepas dia update, segala fail-fail dia hilang sebanyak 220gb. Dia berasa kecewa sebab windows hilangkan semua fail-fail tersebut.

Orang lain juga mengadu dengan perkara yang sama seperti dibawah;

Untuk menangani masalah ini, Microsoft’s support membuat cadangan untuk cuba rolling up balik segala update yang telah dibuat walaupun pasti segala fail-fail yang hilang tak mungkin akan dapat balik.

Masalah ini masih tidak tahu sebabnya lagi. Nampaknya ini adalah satu isu untuk build plagued dalam Windows Insider. Kalau betul, maknanya satu lagi bug telah berjaya ke final release.

Okaylah, sis nak ingatkan dekat korang dan diri sis, kalau nak update Windows apa pun, make sure buat backup dulu untuk semua data. Kalau korang taknak hilang semua data tu lah. Okay?

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Leave a Comment

Scroll to Top