pc

Battlefield 5 Update baru untuk meningkatkan RayTracing performance sehingga 50%! Fuh!





Nvidia mempunyai driver baru ‘Game Ready’ yang dioptimumkan untuk Battlefield 5, tapi yang syoknya lagi, diaorang release update Battlefield baru yang akan meningkatkan sebanyak 50% dalam ray tracing performance.

Bukan Nvidia sahaja yang membuat semua ini, tapi mereka telah bekerjasama dengan EA dan Dice untuk mengoptimumkan ray tracing performance di Battlefield 5, yang ditunjukkan oleh GPU driver terkini dan pembaharuan content dalam Battlefield 5.

Nvidia mengatakan, hari ini EA dan Dice akan melancarkan Battlefield 5: Tides of War, Chapter 1: Overture Update, yang akan membawa satu pemain baru War Story yang dikenali sebagai The Last Tiger, multiplayer map baru yang dipanggil Panzerstorm, dan Range Practice untuk pemain meningkatkan kemahiran mereka.

Selain itu, Chapter 1 ini termasuk dalam pengoptimumkan DXR Ray Tracing, meningkatkan performance sehingga 50% dan pengguna GeForce RTX akan menikmati refleksi- real-time Battlefield dimana lebih dari 60 FPS!

Real-time ray tracing adalah main ciri untuk kad grafik Nvidia’s GeForce RTX, walaupun kita tahu harganya yang mahal dan steep performance penalty yang sehingga membolehkan DXR.

Memandangkan ianya apply dalam Battlefield 5, Nvidia membuat beberapa performance di kad grafik;
  • pengguna GeForce RTX 2080 Ti kini boleh dah untuk mencapai  60+ FPS pada resolusi 1440p dengan DXR Raytraced Reflections set ke kualiti Ultra.
  • pengguna GeForce RTX 2080 kini boleh dah untuk mencapai 60+ FPSpada resolusi 1440p dengan DXR Raytraced Reflections set ke kualiti Medium.
  • pengguna GeForce RTX 2070 kini boleh dah untuk mencapai 60+ FPSpada resolusi 1080p dengan DXR Raytraced Reflections set ke Medium quality.

Bukan itu saja, Nvidia juga katanya penoptimuman gabungan driver terkini dan update content Dice akan meningkatkan kestabilan apabila DXR ray tracing dihidupkan. So, korang boleh dah install driver baru melalui GeForce Experience atau boleh je klik di sini.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST