Posted in

Beli Radeon Graphic Card tertentu dan dapatkan 3 permainan yang belum dikeluarkan secara bundle!

Posted in



AMD sedang membuat promosi ‘Raise the Game Fully Loaded’ yang mana pembeli kad grafik Radeon tertentu akan mendapat tiga permainan yang bernilai $180 secara bundle.  Permainan tersebut yang belum dikeluarkan lagi dipasaran.

Jarred memberitahu yang promosi ini adalah XFX Radeon RX 590 yang baru dikeluarkan. Tawaran ini hanya dibuat kepada kad grafik Radeon RX 590 yang terpilih, termasuk juga kad Radeon RX Vega. Sesiapa yang membeli antara dua kad ini, mereka boleh claim kod untuk Resident Evil 2, Devil May Cry 5, dan Tom Clancy The Devision 2, yang semuanya akan keluar pada tahun depan.

Bukan itu saja, korang beli kad grafik Radeon RX 580 dan RX 570, korang boleh pilih antara dua permainan daripada tiga tersebut dengan harga $120 untuk dua permainan. Wah!

Walau bagaimana pun, korang kena tunggu sehingga permainan ini dikeluarkan. Kiranya, walaupun dapat beli dulu, korang masih tidak boleh mainkannya sehinggalah ia dikeluarkan. Hm macam tu pula eh. Permainan Resident Evil 2 dikeluarkan pada 25 Januari, Devil May Cry 5 dilancarkan pada 8 Mac, dan The Devision 2 pada 15 Mac.

Korang boleh tengok lebih lanjut di website AMD Raise the Game untuk dapatkan permainan dan kad grafik. Penawaran ini berlangsung dari sekarang sehingga 9 Februari 2019 atau sehingga kod kupon habis. Ia juga boleh didapati melalui peruncit yang terlibat dengan menjualnya. Yang penting, setiap senarai it menunjukkan adanya promosi. 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!