BenQ

BenQ EW3280U, Monitor Gaming 4K Resolution HDRi!

BenQ EW3280U, Monitor Sesuai Untuk Para Kaki Movie dan Laidback Gamers

BenQ-EW3280U-Monitor-4K-Dengan-HDRi

Mungkin korang tertanya, bukan monitor ni dah ada ke haritu? Design-wise, yes ada tetapi bukan monitor yang sama. Monitor kali ini adalah BenQ EW3280U dengan resolution 4K, tidak seperti monitor EW2780Q atau EX2780Q yang All Rounder tu. 

HDRi, Feature Yang Pasti Disukai Ramai!

Tanpa HDRi
BenQ-EW3280U-Monitor-4K-Dengan-HDRi
Dengan HDRi

So sebagai permulaan, monitor BenQ EW3280U ini mempunyai feature HDRi. Apa itu HDRi? Bukan biasa HDR ke? Haa HDRi ini adalah High Dynamic Range Intelligence (i untuk Intelligence), basically ianya adalah higher version daripada HDR yang biasa. Apa yang membuatkannya berbeza dengan HDR adalah ianya akan optimize HDR effect dengan menggunakan sensor yang ada pada frame bawah monitor. Sensor ini akan optimize viewing experience korang dengan mengesan lighting dalam location korang dan menyesuaikan dengan mata korang, samada dalam bilik yang gelap atau terang

Kita semua enjoy bermain game atau tengok movie sambil relax, tetapi ada waktu di mana satu game atau movie menunjukkan scene yang gelap dan kita sebagai penonton mengalami kesukaran untuk tengok bahagian yang gelap tu. Di sini lah fungsi HDRi menyerlah. HDRi akan menerangkan bahagian yang gelap tanpa overexpose bahagian yang cerah (contohnya ada satu bahagian itu gelap tetapi ada lampu). Ini sekali gus memberikan korang detail pada content yang korang akan tengok pada display monitor tu.

Sekali lagi, i itu adalah Intelligence, so dia akan automatically adjust contrast, brightness dan sebagainya untuk menghasilkan viewing experience terbaik bagi pengguna. Sebab tu kita suka HDRi! Tidak lupa juga mode HDRi ini didatangi dengan tiga mode iaitu HDR (neutral), Game HDRi dan Cinema HDRi.

Immersive Audio Dengan Penggunaan treVolo Speakers

BenQ-EW3280U-Monitor-4K-Dengan-HDRi-sound-system

Sering kali kita tengok movie atau main game, kita akan menggunakan headphone atau menggunakan stand alone speakers untuk mendengar dengan lebih jelas betul? Tapi dengan monitor ini, lupakan itu semua, sebab monitor ini sudah mempunyai built-in sound system yang sangat-sangat immersive.

Kebanyakan monitor memang ada sound system mereka sendiri tetapi tak banyak yang betul-betul mempunyai audio yang cukup untuk memuaskan keperluan pendengaran gamers atau kaki layan movie. Jadi BenQ telah memastikan sound system pada monitor BenQ EW3280U ini suatu sound system yang mampu deliver audio dengan jelas, teliti dan mendalam.

Cara BenQ membuat audio untuk monitor ini jadi immersive adalah selain daripada sound system, location sound system pun diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Speaker 2.1 channel telah dipilih sebagai built-in sound system dan speaker ini diletakkan pada dua arah yang berbeza. Pertama sekali, treVolo design team meletakkan tweeter pada bahagian bawah monitor dan mengarahkan ke arah pengguna untuk memastikan jarak dekat antara pengguna dan monitor ditemani dengan audio berkualiti tinggi. Untuk woofer pula, woofer pada monitor ini mempunyai stroke yang panjang, jadi ianya akan membuatkan vibration yang tidak diingini. Jadi treVolo team meletakkan woofer pada bahagian belakang monitor, sekali gus menghasilkan bunyi “wrap around”, menjadikan sound system monitor ini sangat-sangat immersive. Memang wow.

Tidak lupa juga, sound system untuk monitor ini mempunyai 5 mode yang pengguna boleh akses iaitu Game, Cinema, Pop/Live, Dialog/Vocal, dan Rock/Party untuk memenuhi keperluan pendengaran pengguna.

Specifications

Jika korang ingin tahu spec monitor ini terus, boleh tengok di bawah ini:

Screen Size32
Panel TypeIPS
Resolution (max.)3840×2160 (4K UHD)
Response Time5ms (GtG)
Refresh Rate60Hz
Aspect Ratio16:9
Color Gamut95% DCI-P3
Dimensions 523.1 x 726.9 x 204.1 mm ( HxWxD mm)
Built-in Speaker Stereo speaker 2W*2 + Woofer 5W *1
Color Bit10 bit
Backlight TechnologyLED backlight
Weight 8.1 kg
HDRi ModeHDR, Game HDRi, Cinema HDRi
Audio Mode Game, Cinema, Pop/Live, Dialog/Vocal, Rock/Party

Remote BenQ EW3280U

BenQ-EW3280U-remote

Salah satu feature yang didatangi dengan monitor ini adalah remote monitor itu sendiri. Dengan adanya remote ini, korang hanya perlu duduk dan relax. Pada remote ini terdapat button On/Off, HDRi mode shortcut, List button, Color Temperature, dan Audio Mode. Daripada segi design dan functionality sangat minimal so korang tak perlu bersusah payah untuk menekan banyak button untuk akses sesuatu feature atau menu.

So apa pendapat korang tentang monitor BenQ EW3280U ni? Adakah korang sebagai kaki layan movie atau gamers berpuas hati dengan specs dan feature yang ada pada monitor ini? Cuba dan rasai sendiri okay gais!

Video review oleh kami akan datang dalam masa terdekat so stay tuned!

Keep it classy, stay safe, dan ciao gais~

See Also: The Witcher Menjadi Salah Satu Most Viewed Dalam Netflix Dan Mendapat Anime Film??, Rainbow Six Siege Dah Jadi Free?? Download Sekarang!, BenQ EX2780Q, Monitor All Rounder Terbaik?,#RacunReview-Illegear Raven, Reka Bentuk Laptop Yang Ekslusif dan Juga Menarik!!!!, Illegear Onyx Pro, Design Baru dan Perfomance Mengancam?!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!