BenQ

BenQ EX2780Q, Monitor All Rounder Terbaik?

BenQ-EX2780Q-racun-tech

HDRi IPS Yang Cantik Dan Kualiti Built-in Audio Yang Bagus

BenQ-EX2780Q--monitor-racun-tech

Pada 1 October 2019, BenQ telah mengeluarkan satu monitor yang boleh dikatakan “All Rounder”. Apa itu All Rounder? Maksudnya adalah seseorang atau sebuah product itu bagus dalam banyak perkara contohnya seseorang itu bagus dalam mata pelajaran BM, English, Math dan sebagainya. Berbalik kepada topik utama, monitor yang disebutkan itu adalah BenQ EX2780Q.

So apa yang dikatakan bagus dalam banyak benda oleh monitor ini? Mari kita tengok sendiri.

HDRi Display Yang Cantik Memaparkan Color Yang Lebih Vibrant!

BenQ-EX2780Q-racun-tech

Sebagai permulaan, adakah korang tahu apa itu HDR? HDR atau nama panjangnya iaitu High Dynamic Range, adalah satu contrast yang boleh dilihat di antara paling cerah dan paling gelap dalam sesebuah image. HDR kini menjadi satu trend dalam penggunaan TV dan juga smartphone.

BenQ EX2780Q ini juga tak lari daripada menggunakan feature HDR tetapi ianya lebih special iaitu HDRi (“i” itu merupakan Intelligence). HDRi ini bertujuan untuk lebih mencantikkan image daripada HDR yang biasa. Selain itu, dengan adanya HDRi ini, pengguna dapat akses kepada pilihan warna yang lebih banyak, di mana kita dapat melihat warna secara lebih vibrant atau scene dalam satu image lebih “bernyawa”.

Selain itu juga, monitor ini akan mengubah sedikit pada color balance dan saturation bergantung kepada content yang ada pada display. Jimat masa korang untuk adjust sendiri! HDRi pada monitor ini terdapat dalam dua mode: Cinema HDRi dan Gaming HDRi. 

Display monitor ini sangat “breathtaking” untuk dilihat. Kerana ianya mempunyai eye-care technology yang akan memastikan pengurangan pada kepenatan mata pengguna walaupun menggunakannya dalam tempoh yang lama. Seperti yang dikatakan tadi, monitor ini akan secara automatik mengubah setting display mengikut suhu bilik. Feature ini membantu kita mengurangkan tekanan pada mata dan juga mendapatkan image yang lebih clear kerana ianya akan menurunkan tone yang mempunyai kawasan terlebih exposed. Sensor ini juga membantu kita mendapatkan lebih banyak detail dalam shadow.

Frame Besi Yang Handsome dan Bezel-less

BenQ-EX2780Q-racun-tech

Untuk monitor ini, di bahagian tepi dan atas merupakan bezel-less display tetapi di bahagian bawah tidak sebegitu rupa. Tapi, apa yang menarik tentang frame monitor ini terletak pada bezel bawah monitor itu sendiri. Pada bezel bawah monitor, terdapat satu sensor di mana ianya akan mengesan cahaya ambient, secara automatik monitor akan mengubah kecerahan mengikut kesesuaian suhu cahaya di dalam satu tempat.

BenQ-EX2780Q-racun-tech

Frame pada monitor ini, BenQ telah membuatnya dengan begitu simple tetapi stylish, dengan penggunaan matte-black shell pada bezel atas/tepi dan bronze-colored untuk bezel di bawah. Bila memandang pada bezel di bawah memang ianya memberikan aura “sexy” dengan bronze colored bezelnya. 

Base monitor ini berbentuk segi empat tepat dan mempunyai ruang di tengah-tengah, di mana korang boleh letakkan controller monitor ini atau peripheral lain.

Selain itu, monitor ini mempunyai control adjustment kepada tilt sahaja. Malangnya monitor ini tiada adjustment untuk pusingan, pivot dan ketinggian monitor.

Bercakap tentang controller, BenQ EX2780Q ini didatangi sekali dengan controllernya tersendiri. Pengguna tidak perlu bersusah payah untuk geledah ke belakang monitor semata-mata untuk mengubah setting kerana controller ini sudah simplify atau memudahkan kerja pengguna.

Pada controller ini ada 7 butang untuk melayari OSD menu (On-Screen Display) iaitu Input, Picture, Color, Audio, Eye Care, Custom Key, dan System. 

BenQ-EX2780Q-remote-racun-tech
  • Input:

Macam biasa, Input membolehkan pengguna mengubah input kepada HDMI, Display Port dan USB-C.

  • Picture:

Menu picture ini akan membolehkan pengguna mengubah kecerahan, contrast, sharpness dan sebagainya.

  • Color:

Color menu pula memberikan pengguna akses kepada 11 color mode iaitu Standard, Low Blue Light, tiga mode gaming, dua custom mode dan M-Book (mode ini adalah untuk MacBook. Pengguna juga boleh bertukar di antara mode HDR)

  • Audio:

Dalam menu Audio, pengguna bukan sahaja mengawal volume atau mute suara, tetapi boleh mengubah mode kepada 5 mode yang tersedia ada: Live/Pop, Cinema, Dialogue/Vocal, Game, dan Rock/Party.

  • Eye Care:

Menu Eye Care memberikan akses kepada setting Low Blue Light dan beberapa perubahan lain.

  • Custom Key:

Custom Key menu membolehkan pengguna tetapkan dua color mode custom.

  • System

System menu mengandungi control kepada FreeSync, USB-C configuration, OSD setting (seperti bahasa) dan sebagainya.

Pada controller ini juga sudah tersedia mode HDRi, jadi pengguna hanya perlu menekan butang itu untuk on atau off mode itu.

Refresh Rate Tinggi

BenQ-EX2780Q-refresh-rate-racun-tech

Untuk pengetahuan korang, monitor ini bukan sahaja displaynya cantik tetapi ianya juga mempunyai refresh rate atau Hertz yang tinggi. Jadi jika korang mempunyai PC yang power, tak menjadi masalah untuk push limit frame rates yang ada dalam monitor ini.

Monitor ini juga mempunyai feature FreeSync, jadi jika pengguna memiliki graphic card AMD, sudah pasti boleh eksploit FreeSync ini dengan lebih lagi. Hasil penggunaan FreeSync ini boleh mengurangkan screen tearing, yang pasti membuat experience lagi smooth.

Audio Kualiti

BenQ-EX2780Q-audio-racun-tech

Ini antara highlight kepada monitor EX2780Q, iaitu sound system yang ada padanya. Mungkin ramai yang menggunakan PC dengan headphone atau stand-alone speaker sebagai output untuk mendengar audio. Tapi jangan risau, kali ini monitor ini sudah ada speaker yang kuat untuk kepuasan pengguna.

Speaker stereo yang disediakan oleh BenQ ini sangat mendalam tanpa sebarang pemakaian headphone atau speaker lain. Kombinasi di antara 2-watt speaker dengan 5-watt subwoofer yang kecil, memberikan pengguna satu audio experience yang sangat bagus.

BenQ-EX2780Q-speaker-racun-tech

Tapi, tidak semestinya audio ini kuat sehingga mampu tampung satu rumah, tetapi jika pengguna menggunakannya untuk satu bilik bersaiz kecil sehingga sederhana, ianya lebih daripada cukup untuk menampung kekosongan dalam bilik tersebut.

Sebagai pengguna monitor yang mempunyai built-in speaker, kita tahu, ada monitor yang mempunyai speaker yang tidak kuat dan berbunyi sederhana sahaja. Ada speaker monitor yang mempunyai distortion jika set pada volume tinggi dan ada yang mempunyai low-frequency (bass) response.

Untuk setting audio monitor ini, terdapat 5 Audio Modes yang boleh digunakan iaitu Game, Game Cinema, Pop/Live, Dialog/Vocal, Rock/Party. Jangan lupa untuk cuba semua!

Tips: Untuk menguji suara daripada mana-mana speaker atau earphone dan headphone, gunakan lagu Bohemian Rhapsody kerana lagu itu mempunyai highs and lows dalam instrument dan vocal. Selain itu, boleh juga test speaker monitor atau headphone melalui link ini https://soundcloud.com/tmayne/virtual-haircut . P/s: Jangan meremang bulu roma mendengar ye?

BenQ EX2780Q Specification 

Jika korang ingin tahu specification monitor ini, boleh tengok pada jadual di bawah.

Panel TypeIPS
Screen Size, Aspect Ratio27 Inches/ 16:9
Resolution2560 x 1440
Response Time (GTG)5ms
Contrast1,000:1
Speakers2x 2 Watt Speakers, 1 x 5 Watt Subwoofer
Ports1x USB -C, 2x HDMI 2.0, 1x Display Port, 1x 3.5mm headphone jack
Refresh Rate144 Hz, FreeSync
Panel Dimension459mm (W) x 614mm (H) x 196mm (D)

Racun Review

Korang boleh tengok review dari Taufiq mengenai monitor BenQ EX2780Q ni okay? Bagi mereka yang bertanya berapa harga monitor ini, harganya adalah RM1799. Game on!

So apa pandangan korang tentang monitor EX2780Q ini? Adakah ianya memenuhi cita rasa korang sebagai monitor enthusiast? Monitor ni sahaja dah ada 2K resolution, IPS panel, HDRi dan sebagainya yang sangat-sangat bagus dalam pencarian sebuah monitor.

Keep it classy, stay safe, dan ciao gais~

See Also: #RacunReview Gaming Laptop Illegear Selenite Upgraded!?, Prodigy Dan Rogue Laptop Gaming Keluaran Illegear?, #RacunReview-Illegear Raven, Reka Bentuk Laptop Yang Ekslusif dan Juga Menarik!!!!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST