BenQ

BenQ Zowie XL2746S, Monitor Tepat Untuk FPS Gamers!

benq-zowie-xl2746s

Monitor Yang Terbaik Untuk FPS? Say No More! BenQ Zowie XL2746S Lah Jawapannya!

benq-zowie-xl2746s

BenQ telah mengeluarkan monitor latest yang sangat sesuai untuk para gamers di luar sana, lagi-lagi para FPS Gamers. Memperkenalkan BenQ Zowie XL2746S, monitor 240Hz, dilengkapi dengan feature DyAc+, Black eQualizer dan sebagainya!

Kenapa monitor ini sesuai dan apa perbezaan daripada Zowie XL2546? Jom kita tengok!

Tembak Tepat Dengan Dynamic Accuracy Plus (DyAc+)

So apa itu DyAc+? First kita kena tahu apa tu Dynamic Accuracy (DyAc). DyAc ini adalah satu technology di mana ianya akan mengurangkan motion blur/after image dalam image display. DyAc ini lebih jelas kesannya bila kita main game FPS, contohnya seperti CS:GO. Pernah tak main CS:GO dan tembak enemy tapi tak kena? Ataupun kita tembak tapi recoil senjata tu terlalu besar sampai mengakibatkan gegaran kuat pada screen dan susah nak target pada enemy. Tak lupa juga kalau kita tembak enemy tanpa henti (spray) dan recoil dia memang kaw kaw.

Punca itu adalah daripada motion blur atau after image, bayang-bayang yang ditinggalkan oleh satu object atau subject bila korang pusing camera atau membuat satu aksi yang mengakibatkan gegaran  yang kuat dalam game.

zowie-xl2746s-dyac+-racun-tech
Sumber: zowie.benq

So untuk memberikan penjelasan terhadap teknologi ini, ianya akan membantu korang dalam routine harian gaming korang seperti mengurangkan motion blur atau after image dalam game tersebut. Contohnya bila korang memusingkan pandangan atau view dalam game, semestinya dia akan meninggalkan kesan afterimage (macam bayang yang cerah) atau kesan blur. Teknologi ini lebih senang dijelaskan sebagai anti-blur dan mengekalkan refresh rate dan smoothness tapi menambah kejelasan pada objek bergerak dalam screen. So, DyAc ini akan mengurangkan motion blur itu untuk memastikan player dapat bermain game fast pace dengan lebih baik. 

Itu DyAc, so DyAc+ ni macam mana pulak? Basically ianya adalah upgraded version lah hehe. More smoothness, the better! Tapi sebenarnya, dengan keupayaan refresh rate 240Hz ini membuatkan motion blur tu sangat-sangat kurang, so pada mata setiap pengguna akan nampak atau tak nampak perbezaannya tapi, untuk game jadi lagi smooth, siapa taknak betul?

Black eQualizer, Target Enemy Walau Dalam Gelap!

benq-zowie-xl2746s-black-equalizer-racun-tech
benq-zowie-xl2746s-black-equalizer-2

Okay, feature ini memang berguna, lagi-lagi game yang ada bahagian yang sangat gelap. So ramai pasti pernah mengalami bahagian dalam satu game itu, dalam bangunan, gua dan sebagainya. Jadi Black eQualizer ini berfungsi sebagai penerang pada bahagian gelap dalam game tersebut.

“Tapi kalau dia terangkan game tu, bahagian cerah tu nanti overexposed ke?” Jawapannya tidak. Black eQualizer ini akan hanya terangkan bahagian gelap sahaja dan bahagian yang sudah memang cerah dia tidak akan terjejas dengan berlebihan. Semuanya demi memberikan pengguna the best gaming experience.

Color Vibrance

color-vibrance-zowie-xl2746s-racun-tech

So kita main PUBG, dekat kawasan yang penuh dengan rumput, tapi tengok-tengok kita kena tembak dengan enemy. Mana enemy tu beb? Haa, Color Vibrance akan memainkan peranan yang besar pada saat-saat genting macam ni.

Color Vibrance berfungsi untuk adjust color setting korang bagi lebih menampakkan true color dalam sebuah monitor sehingga musuh dalam game pun lebih jelas di dalam background. Feature ini, dan dicampurkan dengan Black Equalizer pula akan lebih menampakkan musuh dan background dan macam-macam lagi dengan setting color yang tepat dan jelas.

S-Switch, Memudahkan Hidup Korang!

xl2746s-s-switch-racun-tech
s-switch-racun-tech

Mudahkan hidup macam mana ni? Bagi duit? Tidak gais, tetapi memudahkan korang untuk ubah setting monitor tersebut. Korang tak perlu bersusah payah untuk kedepankan badan untuk mengubah setting monitor ni. Kira S-Switch ini macam remote monitor yang biasa tapi ada specialnya jugak!

S-Switch ada 3 profile setting yang mana korang boleh set up ikut kesesuaian korang. Contohnya korang dah setup Profile 1 untuk PUBG, Overwatch dan Apex Legends pada Profile 2, dan Rainbow Six Siege pada Profile 3. Bila korang nak main game yang disebutkan tadi, tidak perlu menukar satu-satu pada bahagian menu, sebab korang sudah set profile dan tekan sahaja number profile yang telah ditetapkan tadi.

Mudahkan urusan betul?

Specifications BenQ Zowie XL2746S

Jika specification yang korang cari, ada di bawah ni:

Resolution1920x1080
Display Area597.6 x 336.15
Panel TypeTN
Response Time0.5ms (GtG)
LCD Size27
Dimensions558.8x419.4x632.5 mm (HxWxD)
Weight8.7 kg
Dynamic AccuracyDyAc+
Refresh Rate240Hz

So in conclusion, monitor BenQ Zowie XL2746S tidak mempunyai banyak perbezaan dengan BenQ Zowie XL2546, selain daripada DyAc+ Technology, 27 inch, dan response rate 0.5ms (GtG). Korang juga boleh tengok review kami tentang monitor BenQ Zowie XL2746S ni.

Keep it classy, stay safe, dan ciao gais~

See Also: The Witcher Menjadi Salah Satu Most Viewed Dalam Netflix Dan Mendapat Anime Film??, Rainbow Six Siege Dah Jadi Free?? Download Sekarang!, BenQ EX2780Q, Monitor All Rounder Terbaik?,#RacunReview-Illegear Raven, Reka Bentuk Laptop Yang Ekslusif dan Juga Menarik!!!!, Illegear Onyx Pro, Design Baru dan Perfomance Mengancam?!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST