Hi guys. okay so mesti ada yang pernah dengar atau tak pernah dengar game terbaharu buatan company Bioware ni yang bertajuk Anthem. Game yang bergenre Action-Role Playing ini dikhabarkan untuk keluar di pasaran pada 22 Februari 2019 bulan depan. Game ini telah diumumkan pada sidang E3 2017 lalu.
Game ini dikatakan game mechanics nya akan berubah daripada game buatan sebelumnya daripada company Bioware seperti siri Mass Effect dan Dragon Age. Anthem akan lebih fokus kepada PvE iaitu Players vs Enemy dan lebih memfokuskan kepada jalan cerita daripada PvP iaitu Players vs Players
Company Bioware sepatutnya dapat mengeluarkan game ini pada tahun 2018 tetapi di atas kegagalan sambutan hangat pada game Mass Effect Andromeda, Bioware telah menyimpan Anthem daripada khayalak ramai sehingga ketidakpuasan pelanggan menurun.
Tetapi setelah sekian lamanya, Bioware telah memutuskan untuk mengeluarkan game ini pada 22 Februari 2019. Bioware juga berharap agar Anthem ni akan menemui jangkaan gamers dan kepuasan hati para gamers semua.
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.