Borderlands 3 Exclusive Epic Games Store, Review Bombed



Borderlands 3 Exclusive Epic Games Store, Review Bombed

racun-tech-borderlands-3

Ingatkan selepas tragedi Metro Exodus, gamers semua dah reda… Tapi nampaknya Epic Games ingin menjadi batu api dengan ekslusifkan Borderlands 3 pada Epic Games Store selama 6 bulan. Sekarang, sekali lagi user Steam semua bombkan review Borderlands 3.

Enemy Baru, Billion Senjata Baru, Semuanya Baru!?

Akhirnya, sequel terbaru daripada franchise yang sangat disayangi oleh para gamers sudah diannounce! Kali ini, ia menjanjikan elemen-elemen yang membuatkan game-game sebelumnya bagus dinaiktarafkan tanpa mengubahkan core nya. Antaranya ialah variasi senjata yang sangat luas. So apa yang akan ada untuk game ketiga ini? Lagi banyak senjata! Map-map baru! Enemy baru! Namun Handsome Jack adalah suatu karakter yang susah untuk digantikan, aku akan teruja untuk lihat apa yang Kembar Calypso mampu. Malangnya, untuk pengguna tegar Steam, kene la tunggu lama sikit.

racun-tech-borderlands-3-billion-gun

Sekarang ni, kalau baca page Steam Borderlands 3, penuh dengan review negatif. Malangnya bukan pasal gameplay atau storylinenya, tapi mostly pasal business decisionnya untuk exclusive. Ada je review positif, itupun sempat lagi nak berpendapat negatif kepada Epic.

Review Bomb Daripada Gamers Kepada Gearbox Software

Tapi bukan game ni je yang kene ‘review-bomb’. Game-game lain pun masih boleh terkena. Perkara ni mostly berlaku disebabkan sistem review Steam yang agak lapuk. Padahal dah tambah dah sistem untuk detect review-bomb. Tapi masih dalam early stage. Perkara ini perlu ditekankan sebab kemungkinan ia akan menjejaskan sales untuk developer. Korang nak ke bende sama yang Electronic Arts dan Activision dah buat kat staff dia. Kali ini sebab game tak keluar kat Steam je. Padahal boleh je download Epic Games Store. Masih free. Tak rugi apa-apa pun. Tapi kerja para developer pulak yang akan terganggu.

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



Leave a Comment

Scroll to Top