Pergh, haritu dah 25 juta, sekarang dah 50 juta wehh! Yeap dah 50 juta players yang telah main dalam Apex Legends ni dalam sebulan keluarnya game ni. Untuk korang yang tak tau, game ni keluar pada 4 February 2019 dan sudah masuk bulan pertama game ni dan ianya adalah free untuk dimain. Game ni jugak adalah keluaran Respawn Entertainment dan di publish oleh EA.
Dalam masa sebulan ni, dah ada sebanyak 158 juta finisher dipakai (tak tau dikira kalau dibunuh masa buat finisher atau tak), 1.23 billion ultimate dipakai, menekan sebanyak 31 billion ping dan total sebanyak 170 juta respawn balik ke dalam map.
Thank you to the 50 million players that have shown up in the first month since Apex Legends launched! You have all made this something special and there's much more to come! pic.twitter.com/EoDcjF5q9E
— Vince Zampella (@VinceZampella) March 4, 2019
Baru-baru ni Vince Zampella, CEO Respawn Entertainment telah membuat post dekat Twitter pasal menghargai support daripada semua player dan tunjuk montage daripada para gamers yang main setakat ni. Video tu tak menghambarkan langsung serious and ada cara nak pakai Pathfinder dengan bijak so tengok la guys E-jam pun tak sangka boleh buat macam tu hahaha.
Record ni jugak telah memecah record Fortnite yang kena tunggu 4 bulan untuk mendapatkan jumlah player seramai 10 juta dalam masa 2 minggu berbanding Apex Legends dapat 25 juta dalam masa seminggu. Yang pasti sekarang dalam masa bulan pertama keluarnya Apex Legends dah kalahkan record 4 bulan Fortnite macam tu je dan nombor player masih meningkat, so kita kena tunggu lah sampai berapa yang mampu hehe. Ciao~
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.