AAA Games

Call of Duty: Warzone, Game Free Oleh Activision!

racun-tech-call-of-duty-warzone

Call of Duty: Warzone, Game Baru Call of Duty Ada Lebih Daripada Battle Royale

Lepas beberapa leak pasal game battle royale daripada Activision, akhirnya mereka sudah keluarkan game battle royale mereka iaitu Call of Duty: Warzone. Game ini juga menambah beberapa mode dan beberapa twist dalam dunia Battle Royale. Jadi, setakat ini, ini yang kita tahu tentang Call of Duty: Warzone.

Apa Tu Call of Duty: Warzone?

racun-tech-call-of-duty-warzone

Macam yang dikatakan, game ini adalah game Battle Royale, game terbaru yang dikeluarkan oleh Activision. Game ini juga tidak berkaitan sangat dengan CoD: Modern Warfare dan game ini adalah standalone dan free untuk semua. Para players yang sudah ada Modern Warfare boleh terus akses game ini melalui menu utama Modern Warfare.

Bila Keluarnya CoD: Warzone Ni?

Call of Duty: Warzone ini ada dua tarikh keluar yang berbeza. Jika player di luar sana sudah ada Modern Warfare, player sudah boleh download Warzone pada 10 March, 11 malam. Jika korang tidak mempunyai CoD: Modern Warfare, maka korang boleh download Warzone pada keesokan harinya, 11 March pada pukul 3 pagi (stay up gais). 

Atas ini gambar untuk waktu keluarnya game ini, so korang boleh tengok lah (kita sama waktu dengan Seoul dan Tokyo).

Macam Mana In-Game Map Untuk Warzone Ini?

Map untuk game CoD: Warzone ini dipanggil Verdansk, dan ianya sangat-sangat besar. Dalam map ni ada beberapa bandar dan tempat mendarat dan, menurut Activision, Verdansk ini besar sangat hingga mampu tampung seramai 150 player dalam setiap match.

Berdasarkan dalam trailer dikeluarkan oleh Activision itu, beberapa portion atau bahagian map standard daripada Modern Warfare ada dalam Verdansk, jadi player boleh membiasakan diri sikit pada awal-awal gameplay.

Kenderaan Dalam Warzone

racun-tech-call-of-duty-warzone

Dalam game ini, atau dalam map Verdansk ini ada beberapa kenderaan, 5 secara khususnya. Activision sudah memberikan description untuk setiap satu iaitu:

ATV – 2 tempat duduk, bagus untuk off-road, laju, tetapi memberikan protection yang minimal.

SUV – 4 tempat duduk, memberikan protection yang bagus, kelajuan yang medium, tidak bagus untuk off-road.

Tactical Rover – 4 tempat duduk, protection minimal, sangat laju, sangat sesuai untuk off-road.

Cargo – Membawa squad dan juga equipment, protection terbaik, tak sesuai untuk off-road, paling slow kelajuannya

Helicopter – 4 tempat duduk, protection medium, terbang

Battle Royale Biasa? In-Match Cash? Contracts? 

Call of Duty: Warzone ada feature game mode bernama Plunder, dan juga ada “side quest” yang dinamakan Contracts. Jadi apa maksud kedua-dua ini? 

Plunder – Mode ini akan memfokuskan pada player yang akan bertarung untuk in-game cash. Siapa yang akan mempunyai banyak cash akan menang pada akhir game. Setakat ini, mode Plunder ini tidak pasti lagi akan ada berapa player dalam satu match.

In-Match Cash – Cash ini akan ada dalam kedua-dua Battle Royale dan Plunder, yang mana ianya adalah objektif utama. Player akan mengumpulkan cash ini secara random sekitar map atau boleh kalahkan enemy dan kumpul mereka punya sekali. Selain itu, buat Contracts pun akan dapat cash juga dan cash yang terkumpul, players boleh beli item di mana-mana Buy Stations sekitar map tu nanti.

Contracts – Contracts ini, dalam bahasa mudah, macam “side quest” yang player boleh buat untuk dapatkan cash. Contracts terbahagi pada dua iaitu Scavenger Contracts di mana player kena cari dan buka banyak Supply Boxes, dan Recon Contracts pula adalah players kena secure tempat-tempat tertentu. Jika dapat buat Contract tu, players akan diberikan reward, daripada cash, loot item, atau special abilities macam dapat tau mana circle seterusnya.

Buy Stations – Tempat buy stations ini berada di sekitar map dalam kawasan yang terpencil. Buy Stations inilah di mana players akan dapat menggunakan cash yang terkumpul untuk beli item seperti over-player kill streaks, self revive kits, dan juga Redeploy Tokens, yang dapat hidupkan balik member yang sudah mati. Dalam mode Plunder, player boleh deposit cash mereka, so mengurangkan risiko jika bawa banyak cash, mati dan kehilangan semuanya.

Cross Platform?

Macam Modern Warfare, game CoD: Warzone ini juga akan jadi cross platform, bermaksud players dari Playstation 4, Xbox One dan PC dapat bermain sama-sama.

Progress Modern Warfare Akan Dibawa Ke Warzone?

Betul, semua progress player daripada Modern Warfare akan dibawa ke Warzone juga. Battle Pass Modern Warfare juga akan dibawa ke Warzone. Begitu juga sebaliknya, kalau player tiba-tiba berminat untuk beli Modern Warfare, semua progress dan item daripada Warzone boleh dibawa ke Modern Warfare.

Macam Mana Nak Download?

Seperti dikatakan tadi, game ini akan dikeluarkan pada pukul 11 malam untuk mereka yang sudah ada Modern Warfare, dan pukul 3 pagi untuk mereka yang tidak. Untuk download game ini:

PC – Pengguna PC boleh download game ini di launcher Battle.net. Jika mereka yang sudah ada Modern Warfare dan dah update kepada latest patch, pada menu, ada tulis “Classified” lepas sudah update game ini, “Classified” itu akan bertukar menjadi Warzone
PS4 – Boleh download melalui PlayStation Store. Sama seperti PC, jika sudah ada game ini dan tinggal update, Classified akan bertukar menjadi Warzone
Xbox One – Boleh download melalui Xbox Store. Sama seperti PC, jika sudah ada game ini dan tinggal update, Classified akan bertukar menjadi Warzone

Jadi, ingat gais, untuk mereka yang dah ada Modern Warfare, dikatakan sudah boleh download pukul 11 malam nanti! Untuk yang belum, kena tunggu sehingga pukul 3 pagi, baru boleh download. Jangan risau, game ini free! Jika korang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh baca pada website official Blizzard okay gais!

Keep it classy, stay safe, dan ciao gais~

See Also: The Witcher Menjadi Salah Satu Most Viewed Dalam Netflix Dan Mendapat Anime Film??, Rainbow Six Siege Dah Jadi Free?? Download Sekarang!, BenQ EX2780Q, Monitor All Rounder Terbaik?,#RacunReview-Illegear Raven, Reka Bentuk Laptop Yang Ekslusif dan Juga Menarik!!!!, Illegear Onyx Pro, Design Baru dan Perfomance Mengancam?!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun7ech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (https://wa.me/601156449940)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!