Yow guys dan bro ada scoop baru untuk korang. Kali ni dikatakan Sony Entertainment ada CEO baru dan siapa dia ni? Okay, orang baru ni adalah Jim Ryan dan dia sebelum ni merupakan deputy president atau timbalan president Sony. Sekarang Jim akan bertukar position dengan CEO sekarang iaitu John (Tsuyoshi) Kodera yang akan mengambil position sekarang Jim Ryan iaitu deputy president.
Sebelum ni, Jim Ryan pernah memegang jawatan president Sony Interactive Entertainment (SIE) pada tahun 2011 dan telah membawa business Playstation ni dalam 100 negara. Dia jugak telah menyandang jawatan ketua global sales dan marketing pada tahun April 2016.
Selepas dah dapat jawatan sebagai President dan CEO untuk SIE ni, ni adalah komen daripada Jim Ryan itu sendiri “Ini satu penghormatan besar untuk diminta memegang peranan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SIE. Saya telah melihat perniagaan PlayStation tumbuh dan berubah secara besar-besaran sejak hari-hari awal, dan saya berharap dapat meletakkan pengalaman itu untuk kegunaan yang baik dalam memperkukuhkan asas perniagaan Game & Network Services, dan dalam perkembangan hiburan yang ditawarkan PlayStation kepada komuniti yang terlibat dan bersemangat. Bekerjasama dengan John dan pasukan SIE di seluruh dunia, saya komited untuk mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi perniagaan kami, dan terus memberikan pengalaman hiburan interaktif muktamad yang membuat PlayStation menjadi tempat terbaik untuk semua player bermain. ”
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.