Chapter akhir Spider-Man The City That Never Sleeps akan dilancarkan pada minggu depan!!



Sempena nak krismas ni, nampaknya last chapter untuk Marvel’s Spider-Man’s The City That Never Sleeps akan tiba tak lama lagi. Bila? Ia akan di release pada 21 Disember 2018 ini. Digelar sebagai Silver Lining, DLC ketiga yang akan menumpukan kepada Silver Sable dan of course Hammerhead.

Dalamchapter last Marvel’s Spider-Man: Silver Lining, banyak features baru yang dibuat seperti misi baru, musuh baru dan jenis-jenis jenayah, dan juga Hammerhead yang telah di upgrade. Seterusnya, ada juga trophy baru, challenges dan tiga suits baru untuk Spidey.

Sony Pictures dan Marvel telah bekerja keras untuk membawa animasi Sony ke The Spider-Verse dan suit nya yang menarik korang boleh set untuk Spidey. Varian cyborg dan Aaron Aikman dari icon all-in-one juga akan disediakan.

Korang boleh buat pre-order Marvel’s Spider-Man: Silver Lining dengan harga $9.99 USD di PlayStation Store. Korang juga boleh beli secara bundle Marvel’s Spider-Man: The City That Never Sleeps yang ada tiga chapter dengan harga $24.99 USD dan hanya dua chapter je dulu boleh main sementara chapter ketiga akan keluar tak lama lagi.

So, untuk pemain Spider-man PS4, korang boleh check dekat laman web PlayStation untuk membuat pre-order ataupun nak membeli games.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.





Leave a Comment

Scroll to Top